Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Selasa, 11 Mac 2008

Abdullah Perlu Memikul Tanggungjawab Sepenuhnya Bagi Kekalahan, Kata Dr M

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata bahawa penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya bagi kekalahan teruk yang dialami Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum semalam."Beliau patut memikul tanggungjawab dalam soal ini, sepertimana kemenangan besar-besaran pada 2004 yang dilaporkan disebabkan oleh kewibawaan beliau, 100 peratus, dan itulah yang dikatakan oleh setiausaha agung Umno pada ketika itu."Tetapi sekarang beliau juga patut memikul tanggungjawab itu 100 peratus. Beliau telah memusnahkan Umno, beliau telah memusnahkan BN, dan beliau patut bertanggungjawab bagi kekalahan teruk ini," katanya pada sidang akhbar yang diadakan beberapa jam selepas keputusan pilihan raya diumumkan, di sini.Dr Mahathir berkata amat mengejutkan bahawa BN tumbang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan menerusi isyarat serupa yang ditunjukkan oleh semua tiga kaum utama - Melayu, Cina dan India."Saya fikir orang Jepun akan melakukan harakiri. Tetapi saya rasa orang Melayu tidak sampai ke tahap itu lagi. Saya fikir beliau patut menimbangkan untuk mengundurkan diri," katanya sambil menambah beliau juga akan mengambil tindakan yang sama jika beliau berada dalam situasi seperti Abdullah.

Tiada ulasan:

Nuffnang