Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Selasa, 11 Mac 2008

Abdullah Undurlah Sebelum Jadi Huru-Hara

Politica
Sepanjang tempoh kempen PRU 12, saya membisu. Saya membisu kerana saya terkedu dengan keputusan Abdullah Badawi, Imam Islam Hadhari, adakan pilihan raya umum ikut fatwa feng-shui, ahli nujum Cina!Nah, sekarang apa sudah jadi? Terbukti amalan khurafat Imam Besar Islam Hadhari mendengar nasihat ahli nujum sudah membawa padah kepada Malaysia. Sebab itulah BN jadi tunggang-langgang – majoritinya di parlimen amat tipis sekali, tak dapat tebus Kelantan, kalah pula di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Di Negeri Sembilan pun pembangkang kurang lagi tiga kerusi untuk tubuhkan kerajaan!Inilah yang orang tua-tua kata, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran! Atau, inilah prinsip niaga Nakhoda Buluh Kasap, dapat hujung, pangkal lesap!
Semua orang tau ini semua angkara Imam Besar Islam Hadhari dan menantunya Khairy Jamaluddin. Mereka berdualah punca utama BN kalah teruk dalam sejarah Malaysia merdeka. Tak ada orang lain, tapi mereka!Dah kecundang macam tu, Abdullah masih buat muka tengek. Dia tak mahu berundur. Menantunya himpun beribu-ribu orang ke Sri Perdana di Putrajaya. Kononnya untuk desak Abdullah berundur. Tup-tup, Khairy maklumkan kepada media, orang-orang tu datang untuk minta mertuanya jangan letak jawatan!Haru-biru betul budak ni! Tapi, budak ni jugalah yang main peranan susun calon. Kata Datuk Kamal Amir, Khairy sama-sama Annuar Zaini, Kalimullah Hassan, Kamaluddin Abdullah dan Shagul Hamid yang buat kerja memuktamadkan senarai calon. Saya rasa, ini semua mungkin kehendak yang dituntut oleh pihak kuasa asing, macam kata Datuk Ron dalam buku The Toyol Code!Sekarang, apa nak buat? Dah kalah tak mau undur. Rakyat dah tak ada keyakinan pada dia, tapi Abdullah mahu terus jadi Perdana Menteri. Saya tak pernah jumpa manusia mabuk kuasa macam ni!Tapi, inilah Abdullah, Imam Besar Islam Hadhari! Dan, inilah juga Khairy, Tok Noja Islam Hadhari yang orang kata, pun dah buat DVD seks macam Dr Chua Soi Lek!
Para pengundi Rembau tau hal ini. Tapi, diundi juga Khairy. Bukan pasal dia orang tak marah pada Khairy, tapi ikut cerita orang, pasal duit Khairy melempah ruah untuk beli undi!Saya tak pasti kalau BPR memantau Khairy tabor duit di Rembau baru-baru ni. Tapi, takkanlah BPR pun tak syak dari mana Khairy dapat duit untuk sewa pesawat ringan kibarkan bendera BN di ruang angkasa Rembau waktu hari penamaan calon! Dari mana Khairy dapat duit? Dari Temasek, pasal dia anak angkat Temasek dan Singapura? Dari mana? Cuba BPR cari jawapannya untuk rakyat Rembau dan kita semua.Gitulah kisah Abdullah dan Khairy. Manusia-manusia inilah yang menyebabkan BN kucar-kacir sekarang. Manusia-manusia inilah yang orang Johor suspek pajakkan bumi Johor kepada Singapura menerusi WPI.
Manusia-manusia inilah juga yang fikir kita semua tongong, bodoh, baghal dan tolol!Sekarang pengundi Malaysia sudah menunjukkan kemarahan, kekecewaan dan protes mereka kepada Abdullah dan Khairy. Tun Dr Mahathir dah bersuara, Abdullah patut berhenti. Tun Dr Mahathir juga kata, Khairy menyumbang peranan besar kepada nasib amat malang yang menimpa BN.Macam ni keadaannya, pun kedua-dua manusia ni masih nak perdayakan kita semua. Abdullah sampai keluarkan kenyataan, konon menantunya tak pernah nasihati beliau apa-apa. Betulkah kenyataan ni? Kita bukan bangang. Kita bukan bahlol. Selama mana lagi pembohongan ini boleh kita terima?
Oleh kerana kita semua dah jelak, dah muak, dah loya, dah fed-up dengan kisah Abdullah dan Khairy, saya ulangi di sini gesaan saya supaya Abdullah berundur, yang saya poskan dalam blog ini pada November 23, 2007.Gesaan saya (ulangan): Abdullah wajar mengundurkan diri dari persada kuasa Malaysia. Kosongkan jawatan Perdana Menteri dengan segera. Kosongkan lain-lain jawatan dalam kerajaan dengan serta-merta. Lepas itu panggil perhimpunan agung luar biasa UMNO untuk letak jaratan presiden parti.
Khairy dan Patrick Lim jangan sekali-kali masuk campur. Ini urusan Abdullah dengan rakyat. Ini masalah Abdullah dengan negara.Rakyat makin derita berketuakan Abdullah. Negara tambah kucar-kacir dipimpin Abdullah. Demi rakyat dan demi negara, Abdullah kenalah korbankan jawatannya yang sedang jadi sumber rezeki seluruh lintah darat di sekelilingnya.Setelah tak ada apa-apa jawatan, baca semula puisi Ku Cari Damai Abadi. Abdullah kena tanya diri sendiri, benarkah selama jadi Perdana Menteri, yang dicarinya bukan harta bertimbun-timbun untuk hidup kaya; bukan wang berjuta-juta untuk hidup bergaya; dan bukan kawan-kawan untuk hidup berfoya-foya?
Sesudah itu, Abdullah jawablah pertanyaan suara hati sendiri, benarkah yang dicari selama jadi Perdana Menteri, adalah Al-Ghazali dan A-Shafie? Benarkah yang mahu dibongkar oleh Abdullah selama ini adalah kitab suci untuk cari pedoman dan sunnah nabi untuk jadi panduan semoga dapat menikmati hidup yang damai abadi?Untuk pengetahuan Abdullah, apa yang saya suarakan di sini hanya tuntutan saya sendiri kepada pemimpin yang sudah tidak lagi saya yakini. Tapi, janganlah Abdullah terkejut kalau tuntutan saya ini sama dengan tuntutan gelombang rakyat di seluruh negara.
[Kini, tuntutan saya ini sudah jadi tuntutan sebilangan besar pengundi Malaysia dalam PRU 12 yang memilih untuk menjerumuskan BN jadi pembangkang di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor!]
Abdullah, berundurlah segera sebelum Malaysia jadi huru-hara, kacau-bilau dan haru-biru. Contoh haru-biru ini adalah indeks BSKL yang meredum sebaik saja Abdullah dilantik semula sebagai Perdana Menteri pada 10 Mac 2008!

Tiada ulasan:

Nuffnang