Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Khamis, 20 Mac 2008

Ahli Parlimen BN Sarawak telah sertai PKR?

AHLI Parlimen BN daripada Serian, Sarawak, Datuk Richard Riot Anak Jaem, hari ini diberitakan sebagai telah menganggotai PKR.

Sumber-sumber memberitahu blog ini bahawa tindakan Richard adalah permulaan kepada beberapa lagi tindakan di seluruh negara yang dijangka berlaku dalam tempoh terdekat ini.
Richard adalah daripada parti PBB, komponen utama BN Sarawak, pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Tindakan ini bermakna PKR kini mempunyai kerusi parlimennya yang pertama daripada Sarawak. Tindakan ini juga menjadikan jumlah perwakilan PKR di Dewan Rakyat kepada 32 kerusi.

Tindakan Richard juga menyebabkan BN Sarawak kehilangan dua kerusi parlimen, termasuk satu yang dimenangi oleh DAP menerusi PRU12 baru-baru ini.

Pada waktu yang sama, tindakan Richard - ahli parlimen yang sudah beberapa penggal berada di Dewan Rakyat - juga menyebabkan jumlah keseluruhan kerusi BN di parlimen berkurangan daripada 140 kepada 139 kerusi.

Sumber-sumber memberitahu blog ini bahawa tindakan Richard adalah permulaan kepada beberpa lagi tindakan di seluruh negara yang dijangka berlaku dalam tempoh terdekat ini.

Oleh itu, mungkinkah Barisan Rakyat yang bertulangbelakangkan PKR mungkin berjaya menubuhkan kerajaan di peringkat pusat tidak lama lagi, dan sekaligus menyebabkan BN pula menjadi parti pembangkang? Sama-samalah kita tunggu perkembangan selanjutnya!

Tiada ulasan:

Nuffnang