Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Jumaat, 7 Mac 2008

Antara usaha PAS pertahan 'Serambi Mekah' dan lagi laporan penipuan terancang Umno/BN


Sejak jam 8 malam tadi, jalan persekutuan Kuala Lipis menuju ke Gua Musang, Gua Musang ke Kota Bharu dipenuhi dengan deretan kenderaan dari arah Selatan menuju ke Pantai Timur.

Kesesakan berlaku di beberapa batang jalan termasuk di Merapoh, Kuala Krai, Machang, Ketereh hingga ke Kota Bharu berikutan jumlah kenderaan yang meningkat sejak petang semalam.
Kelatan yang dikenali sebagai 'Serambi Mekah' kali ini sekali lagi menjadi tumpuan, tidak kira yang muda mahupun yang tua, semuanya menghitung detik 8 Mac untuk menunaikan tanggungjawab membuang undi.


Proses pembuangan undi akan berjalan esok, sebaik sahaja pusat-pusat pembuangan undi dibuka pagi esok, bermakna rakyat negeri 'Cik Siti Wan kembang' akan menentukan nasib parti-parti yang bertanding.


Walaupun penganalisis banyak menyimpulkan bahawa Kelantan akan terus diterajui PAS selepas pilihan raya umum ini, namun ramai yang bimbang dengan laporan-laporan mengenai adanya pengundi hantu yang diimport Umno/BN untuk menumbangkan kerajaan PAS.


Mengikut satu laporan awal Harakahdaily, terdapatnya percaturan antara BN dengan jabatan-jabatan kerajaan dan pihak berkuasa serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan Kelantan jatuh ke tangan mereka kali ini.


Isyarat jelas mengenai apa yang disifatkan sebagai 'penipuan' telah ditunjukkan dengan SPR sendiri membatalkan penggunaan dakwat celup jari empat hari sebelum proses pembuangan undi dilakukan.


Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri mempertahankan tindakan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman hanya untuk memastikan perancangan 'kotor' mereka membuahkan kejayaan.


Laporan sebelum ini menyebut, Umno/BN Kelantan kini difahamkan bakal menggunakan taktik serupa yang pernah dilaksanakan di Terengganu dalam misi menawan Kelantan esok.
Kali ini bukan anak Kelantan yang berada di perantauan menjadi target, sebaliknya rakyat dari Thailand dan Indonesia yang diberi kad pengenalan difahamkan sedang dipunggah ke Kelantan.
Menurut sumber pengundi tidak dikenali itu sedang dihimpunkan di lokasi tertentu di Kuala Lumpur sebelum diangkut ke sini.


Sumber lain pula memberitahu kira-kira 30,000 rakyat dari Thailand dan Indonesia baru mendapat kad pengenalan dan dijangka dihantar ke Kelantan untuk mengundi pada 8 Mac ini.
Mereka akan diangkut ke Selangor dan Kuala Lumpur sebelum berkonvoi ke Kelantan.
Selain itu kira-kira 4,000 pelajar daripada institusi pengajian tinggi juga akan bertolak ke Kelantan malam ini.


Pelajar terbabit difahamkan diberi duit poket sebanyak RM250 setiap seorang dan akan diangkut dengan bas bagi mengundi di kawasan yang telah ditetapkan.


“Andaian itu dapat dilihat apabila Ketua Polis Negara sendiri turun ke bawah sekarang dan telah memberi amaran kepada pembangkang supaya tidak mengganggu mereka," kata sumber.


Selain itu satu sumber yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi menyatakan bahawa kini deretan bas dari Perak mula bergerak dan berehat sepanjang jalan dari Perak menuju ke Kota Bharu melalui Gerik dan beberapa batang janag lain termasuk lebuh raya.


Beliau yang mahu dikenali sebagai Hanafiah sempat bertanyakan kepada salah seorang penumbang sebuah bas tersebut dan penumpang mengakui bahawa dibawa mengundi di Kelatan dengan bayaran setiap seorang RM250.


Hanafiah juga memberitahu terdapat bas-bas yang berhenti di beberapa batang jalan secara berkelompok yang disyaki membawa pengundi hantu ke Kelantan.


"Mereka mungkin berehat sebentar dan akan meneruskan perjalanan menjelang petang dan malam ini ke Kota Bharu," katanya.


Mungkinkah kali ini rakyat Kelantan mahu berubah, atau angin perubahan dari 'tangan-tangan kotor' yang akan menjadikan Kelantan mangsa selepas Terengganu.


Memetik kata-kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau tidak redha dan akan menuntut di akhirat jika kemenangan yang ditempa parti lawan hanya kerana penipuan. Beliau yang memimpin solat hajat di Stadium Kota Bharu jam 4.00 pagi tadi kini hanya berserah kepada Allah, selain meletakkan kebijaksanaan rakyat Kelantan untuk menilai sejauhmana kempen pembangunan Umno/BN memberi kesan berbanding suasana pembangunan Islam yang ditawar dan dilaksana PAS sejak 18 tahun lalu

Tiada ulasan:

Nuffnang