Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Jumaat, 21 Mac 2008

Dakwaan beli wakil rakyat: lapor polis jika benar - Lim Guan Eng

 Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat laporan polis jika mempunyai bukti bahawa parti Barisan Alternatif ‘membeli’ anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan kerajaan.

Beliau berkata perkara sedemikian harus dilaporkan kepada polis kerana ia merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang dan boleh dianggap sebagai amalan rasuah.

“Kalau ada bukti, saya harap beliau boleh tunjukkan supaya tindakan boleh diambil,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Tapak Ekspo Seberang Jaya, di sini.



Lim berkata demikian ekoran dakwaan beberapa pemimpin Umno kononnya pakatan BA sedang giat menjalankan usaha ‘membeli’ anggota Parlimen parti komponen BN dengan menawarkan wang ‘jutaan’ ringgit’ untuk menjatuhkan kerajaan diterajui Abdullah.

Dalam nada menyindir Lim menambah: "(Duit dari) mana? Saya ingat Anwar takkan ada duit sampai juta-juta."

Anwar pula berkata: “Mereka datang dan mendekati kita."

Kata Anwar, beliau telah bercakap dengan 'sejumlah' wakil dan memaklumkan bahawa sokongan mereka tidak akan dibayar.

Jika mereka mahu menukar parti dengan sejumlah harga, nampaknya mereka telah memilih parti yang salah,” katanya.

Ketika mengulas berhubung isu berkenaan, Setiausaha Agung Umno yang baru, Dato’ Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata BN akan menghantar kumpulan perisik ke seluruh negara bagi menyiasat perkara itu.

“Ada maklumat yang sahih dan tak sahih, ada kata begini dan ada yang kata begitu. Sebab itu kita hantar kumpulan perisik kita sendiri bagi memeriksa keadaan di bawah,” kata Adnan.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilaporkan laman berita internet sebagai berkata, beberapa Ahli Parlimen BN terutama di Sabah dan Sarawak, sedia menimbang kemungkinan menyertai pakatan BA.

Di KUCHING, anggota Parlimen Serian yang juga Penolong Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Richard Riot Jaem, dilaporkan keluar daripada parti itu kerana kecewa selepas tidak disenaraikan dalam barisan Kabinet baru.

Bagaimanapun Presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan menafikan laporan berkenaan dengan mendakwa tidak menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada anggota Parlimen itu.

Tiada ulasan:

Nuffnang