Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Ahad, 9 Mac 2008

Faktor Mahathir punca menang - Mohamad Sabu


"Faktor Mahathir" adalah antara sebab kemenangan PAS dan parti-parti pembangkang lain di Kedah, kata Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.

"Faktor utama tidak dapat dinafikan lagi ialah kebangkitan pengundi-pengundi India dan Cina. Kebangkitan pengundi India dapat dilihat di beberapa kawasan seperti di Kulim dan Baling. Sikap mereka boleh dianggap faktor yang sangat penting.

"Kebangkitan pengundi Cina pula boleh dilihat kepada apa yang berlaku di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubang Rotan misalnya, di mana calon kita, Mohd Nasir Mustafa menang," katanya.

Tetapi, kata Mohamad Sabu, satu lagi faktor penting ialah protes rakyat Kedah terhadap apa yang dilakukan oleh para pemimpin Umno kini terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Mengapa dalam banyak kawasan di Kedah, peratusan yang keluar mengundi begitu rendah? Saya menjangkakan mereka adalah pengundi-pengundi Melayu yang tidak mahu mengundi Barisan Nasional kali ini tetapi tidak juga bersedia memberikan undi kepada pembangkang.

"Akhirnya mereka mengambil keputusan tidak keluar mengundi," katanya.

Malah, kata beliau lagi, faktor Mahathir bukan sahaja menyumbangkan kemenangan di Kedah.

"Kritikan-kritikan Dr Mahathir sebenarnya banyak membantu kemenangan pembangkang di seluruh negara. Kita mengkritik kerajaan lebih dari beliau lagi, tetapi apabila orang yang mengangkat (Datuk Seri) Abdullah (Ahmad Badawi) sendiri memberikan undi tidak percaya kepadanya, bagaimana rakyat hendak percaya," katanya.

Mohamad Sabu tewas di kawasan Parlimen Kuala Terengganu, walaupun ketiga-tiga kawasan DUN di dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu dimenangi oleh PAS.

Diminta mengulas kekalahannya itu, Mohamad Sabu berkata, walaupun beliau kalah beliau tetap gembira kerana penat lelahnya boleh dianggap berbaloi dengan kemenangan ketiga-tiga DUN tersebut.

Beliau enggan mengulas lanjut mengenai kekalahannya itu.

Bagaimanapun, analisa awal jentera pilihan raya Kuala Terengganu menyifatkan kira-kira 900 undi pos dan faktor calon luar adalah antara punca kekalahan beliau.

Mohamad Sabu disepakati sebagai penggerak utama kebangkitan rakyat 10 November 2007 lalu. Beliau ialah Pengarah Jawatankuasa Perhimpunan Aman Rakyat anjuran Bersih itu.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sanjung lah 'm'... x sedarke kita semua yang terjadi berakar umbi dari era pemerintahan 'm'.. dulu bila 'm' memimpin.. dia di caci di hina... tapi kini 'm' pn dh mula tunjuk muka sebenar.. die di sanjung plak.. dan pemerintah sekrang di caci d hina pulak.. sebab aper dendam la nie.. nak anak jadi orang tertinggi umno tapi 'a' amik menantu...

klu betul sangat dlu kenape letak jawatan??? tengok kan kesan yang 'm' mmg dah jangka dr apa yang die buat dlu... tapi skrang di bwh pemerintahan 'a' so tak pasal2 'a' yg kene tanggung semua tu... korang penah pk x tu semua????

marah 'a' amik menantu... tu menantu jek pon.. yang anuar tu.. anak beranak.. yang karpal singh tu anak beranak.. n DAP tu pun anak beranak... x pe pulak ek!!! korang ingat cina nie nak tolong melayu ker??? jangan harap la.. tengok kat singapore tu cam ner!!

sejarah tahun 1969 konon... korang tau x time cina menang tu melayu kena caci giler2... tengok sekrang majoriti kamenangan calon DAP banyak mane!! bak kate nabil raje lawak.. "LU PIKIR LA SENDIRI!!"

Nuffnang