Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Rabu, 19 Mac 2008

Kabinet Baris Tujuh Menteri Dan Enam Timbalan Menteri Dari Johor

"Kabinet Baris Tujuh Menteri Dan Enam Timbalan Menteri Dari Johor

Selaras dengan kedudukannya sebagai kubu kuat kepada Barisan Nasional (BN), tujuh daripada 32 menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berasal dari Johor.

Enam daripada 37 Timbalan Menteri yang dilantik Abdullah juga adalah dari Johor.

Anggota Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dikekalkan sebagai Menteri Pelajaran, manakala bekas Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar (Parlimen Kota Tinggi) dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri.

Bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mohamed Khaled Nordin (Parlimen Pasir Gudang) pula dilantik sebagai Menteri Pengajian Tinggi dan anggota Parlimen Johor Baharu, Datuk Shahrir Abdul Samad pula sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna.

Mohamed Khaled juga merupakan bekas setiausaha politik kepada Shahrir ketika beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan 1983-1987.

Tan Sri Muhyiddin Yassin, anggota Parlimen Pagoh dan bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani kini akan menjawat jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menggantikan Datuk Seri Rafidah Aziz yang digugurkan.

Bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Azalina Othman Said, yang menang tanpa bertanding bagi kerusi Parlimen Pengerang pada pilihan raya umum 8 Mac lepas dilantik sebagai Menteri Pelancongan.

Datuk S.Subramaniam, anggota Parlimen Segamat pula dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia.

Enam yang dilantik Timbalan Menteri ialah anggota Parlimen Air Hitam, Dr Wee Ka Siong (Pelajaran), anggota Parlimen Parit Sulong yang juga Ketua Puteri Umno Datuk Noraini Ahmad (Sumber Manusia), manakala anggota Parlimen Mersing Datuk Dr Abdul Latif Ahmad (Kesihatan).

Anggota Parlimen Tebrau Teng Boon Soon (Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan) anggota Parlimen Kluang Datuk Dr Hou Kok Chung (Pengajian Tinggi) dan Wee Jeck Seng, anggota Parlimen Tanjong Piai (Belia dan Sukan).

Tiada ulasan:

Nuffnang