Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Rabu, 19 Mac 2008

Kabinet filem " Tiga Abdul"



Dari Sang Kelembai

Kabinet Kerajaan Tiga Beranak sudah pun di umumkan dan di antara yang masuk dan yang keluar menyertai Pasukan Kabinet “Saya Perdana Menteri” yang selalu tidur Abdullah Hj Ahmad, yang memeranjatkan sekali keputusannya adalah untuk tidak melantik sesiapa ke jawatan Setiausaha Parlimen dan tugas itu akan tertanggung kepada Timbalan Menteri atau Menteri yang berkenaan.

Jawatan Setiausaha Parlimen telah diwujudkan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan di iktiraf sebagai satu jawatan “anggota pentadbiran awam” selepas Timbalan Menteri dan kemudiannya ialah Setiausaha Politik.

Tugas dan tanggung jawab Setiausaha Parlimen di era Tunku Abd, Rahman, Tun Razak dan Tun Hussein ialah menjadi orang perantaraan antara Ahli-ahli Parlimen dan Kementerian yang mengujudkan satu Jawatankuasa Parlimen yang di anggotai oleh ahli-ahli Parlimen yang terdiri dari Parti Kerajaan atau persetujuan Perdana Menteri dari Parti Pembangkang.

Itu sebab semasa Malaysia mempunyai Perdana Menteri seperti Tunku Abd Rahman Putra, Tun Razak Hussein dan Datuk Hussein Onn banyak isu-isu Kementerian tidak terdedah di dalam perbahasan Parlimen termasuk isu-isu Jawatankuasa Kewangan Awam atau PAC-Public Account Comittee kerana sudah diatasi oleh Jawatankuasa Parlimen yang menganggotai mana-mana Kementerian yang kebiasaan bermesyuarat sekurang dua bulan sekali atau bila-bila masa di mana ada keperluan.

Jawatan Setiausaha Parlimen sebagai Setiausaha kepada Jawatankuasa Parlimen tidak lagi berfungsi seperti asal bagaimana mula ditubuhkan sebaik sahaja di ambil alih oleh Dr Mahathir Mohamad, bila mana Setiausaha Parlimen telah berfungsi sebagai anggota pentadbiran awam, hanya membantu tugas Menteri atau Timbalan Menteri dan Jawatankuasa Ahli Parlimen bagi satu Kementerian sudah tidak diwujudkan lagi.

Bila mana Abdullah Hj Ahmad tidak mengisi jawatan itu, jelas membuktikan bahawa Abdullah Hj Ahmad tidak memberi perhatian kepada peranan Parlimen khasnya Dewan Rakyat yang ahlinya dipilih melalui satu pilihan raya yang bebas. Jika dilihat pengalaman Abdullah Hj Ahmad kemungkinan untuk mengambil tindakan yang drastik ini tidak akan lahir seperti mana yang selalu diucapkan ia itu “ini ide saya” di samping saya Perdana Menteri.

Maka siapakah yang memberi cadangan atau ide itu?, Jawapannya mudah dan semua orang tahu jawapannya. Sudah pasti jawapan cadangan itu datangnya dari Kharyi Jamaludin Abu Bakar, anak menantu yang sudah diketahui umum akan bersama membuat dasar dalam Kerajaan Tiga Beranak yang dipimpin olehnya.

Maka bertanya semua orang yang memahami strategi di mana agaknya kolej strategi seperti Defence Imperial Collage di London Abdullah Hj Ahmad belajar? Kerana semua orang yang memahami strategi akan memahami bahawa jika keadaan kekuatan lemah maka pembesaran adalah penting dan bukanya memperkecilkan seperti yang dilakukan dalam kabinetnya.

Dari senarai nama-nama yang di masukan dalam barisan Pasukan Islam Hadhari ini jelas menunjukkan kesemua yang mewakili UMNO mempunyai susun galur atau kepentingan perniagaan anak dan menantunya. Shaziman Abu Mansor yang diberi tanggung menjaga Tenaga Nasional Berhad, anaknya Kamalludin Abdullah adalah pembekal bahan bakar arang batu bagi menjaga tenaga.

Ismail Sabri yang dilantik menjaga Belia dan Sukan, semua orang tahu bahawa Khairy Jamalludin Abu Bakar sendiri di samping sebagai Timbalan Presiden FAM, juga mempunyai Pasukan My Team. Maka dengan sendirinya Bahagian Sukan akan diperalatkan untuk kepentingan memasyhurkan namanya dalam sukan bola sepak dan segi politiknya bantuan sukan dan belia akan digunakan untuk tujukan memberikan bantuan sukan dan belia.

Zaid Ibrahim yang diberi tugas untuk mereformasi dan memberi keyakinan perlaksanaan keadilan di Mahkamah, seperti dikata oleh Ibrahim Ali sebagai seorang peminum arak yang tegar, di rumahnya sendiri mempunyai BAR arak, juga diketahui umum bahawa Firma guamannya terlibat dalam merangka Akta Pembangunan Koridor sekarang seperti Akta WPI-Wilayah Pembangunan Iskandar di mana syarikat perunding kesemua projek tersebut diberikan kepada Ethos Consultant Sdn Berhad yang Khairy Jamalludin Abu Bakar ada kepentingan.

Zahid Hamidi, walau bekas Setiausaha Politik Najib Tun Razak dan sekarang diberi portfolio menjaga Hal Ehwal Islam dan Islam Hadhari hanya sekadar “camouflage” kepada orang-orang Najib Tun Razak akan agenda tersembunyi Khairy Jamalludin Abu bakar yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri di bawah usaha 40 tahun.

Kabinet KJ-Khairy dan Jeanne ini jelas menunjukkan akan secara nyata beberapa orang Najib Tun Razak disingkirkan bagi tujuan untuk memberi isyarat kepada Najib Tun Razak, di mana setengah orang mengatakan bahawa dalam sejarah politiknya kesemua jawatan yang disandang diberikan secara percuma supaya menunjukkan reaksinya. Dan dari segi reaksinya dan ke tidak hadiran Najib Tun Razak dalam mengisytiharkan kabinet Abdullah Hj Ahmad jelas menunjukkan masa depan UMNO tidak akan terjamin jika Abdullah Hj Ahmad disingkirkan sama ada melalui undi tidak percaya atau di kalah dalam jawatan Presiden UMNO kerana Najib Tun Razak sendiri mempunyai luka-luka yang mudah dibuka plasternya oleh Parti Pembangkang.

Persoalan hari ini dengan wujudnya Kabinet yang tidak berorientasi mewakili negeri-negeri seperti amalan biasa, dengan tidak terdapat wakil Perlis, Kedah, Kelantan (kerana Zaid Ibrahim bukan Ketua UMNO Bahagian) Pulau Pinang (kecuali Abdullah Hj Ahmad Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas) dan Melaka yang hanya mempunyai dua Timbalan Menteri jelaslah membuktikan Abdullah Hj Ahmad lebih mementingkan kepentingan perniagaan anak, menantu dan adiknya dan termasuknya tidak ada wakil Pergerakan Wanita UMNO dalam kabinetnya. Ini belum termasuk Wilayah Persekutuan yang mempunyai 13 kawasan Parlimen hanya diwakili oleh satu orang Menteri.

Dan yang agaknya aneh, ialah Selangor di mana negeri yang UMNO/Barisan Nasional kalah teruk terdapat tiga orang Menteri dan juga Perak yang mempunyai dua Menteri dari UMNO tetapi Sabah yang menang hamper 100% calon-calon UMNO hanya mempunyai satu Menteri dan dua Timbalan Menteri sebaliknya Johor mempunyai Menteri dan Timbalan Menteri teramai sekali.

Maka terserahlah kepada ahli-ahli UMNO di Perlis, Kedah, Kelantan, Wilayah Persekutuan untuk memikirkan masa depan UMNO, sama ada berdoalah selalu supaya Anwar Ibrahim diberikan hidayah untuk bertanding awal supaya jangan menjadi de facto Barisan Alternatif yang akan dirasmikan nama Barisan Rakyat dalam sistem dua parti kerana jika beliau tidak bertanding awal sebaliknya menunggu empat tahun yang akan datang, beliau bertanding mana-mana Parlimen dengan sendiri rakyat dan para pemilih akan mengetahui dia akan bakal menjadi Perdana Menteri dan menyokongnya.

Dan masa itu eloklah UMNO beramai-ramai termasuk Abdullah Hj Ahmad membawa cangkul pergi ke mana-mana tanah lapang dan kalau boleh mencari tanah kubur untuk menggali bagi menanam diri sendiri.

Sentimen perkauman dan nasionalis perkauman yang dibakar kepada orang Melayu oleh UMNO sudah tidak relevan lagi. Jika parti yang dipimpin bukan Islam boleh menerima konsep Islam sebagai payung kepada kepentingan kehidupan berbagai kaum, maka orang Melayu hanya mempertahankan kepentingan Islam dan kemungkinan isu Islam tidak akan dibawa oleh Parti Pembangkang bukan Islam kerana mereka sudah diberikan penjelasan oleh PAS, apa kah maksud Negara Islam dalam konteks PAS dan perbezaannya dengan UMNO.

Gelombang menolak UMNO/Barisan Nasional seperti Tsunami, begitulah UMNO yang hanya berbeza punca Tsunami kerana kerekahan di perut bumi dan UMNO kerana kerekahan perut pemimpin nya seperti Abdullah Hj Ahmad. Dan semua orang bertanya kenapa PRU-Pilihan Raya Umum yang lalu untuk pertama kali dalam sejarah kempen PRU, di samping gambar poster Abdullah Hj Ahmad terdapat juga gambar poster Najib Tun Razak tetapi waktu pengumuman kabinet ke mana hilangnya Najib? Adakah dia memprotes senarai kabinet itu?

Jika Abdullah Hj Ahmad masih mengamalkan konsep macam Filem Tiga Abdul menguruskan UMNO dan Kerajaan bila hendak menjadi menantu Saddiq Sega Raga tak boleh marah-marah nanti kena jual. Maka cuba tukarkan Ismet Ulam Raja itu Tun Dr Mahathir, Saddik Sega Raga itu Abdullah Hj Ahmad. Dan ketiga anak Ismet Ulam Raja itu siapakah yang agak sesuai memegang watak P. Ramlee yang menjaga harta bapak dan maruah keluarga dari harta tergadai dan siapa yang sesuai menjadi Haji Mahadi dan S. Kadisman, yang tergila-gila nak berbini sehingga tergadai harta pusaka bapak kerana semua orang boleh meneka dengan tepat siapa dia yang berwatak Mr Kassim Patalon (Salleh Kamil) yang hanya memikirkan apa dilakukan ialah mesti ada komisen atau keuntungan kepadanya kalau tidak Khairy Jamalludin Abu Bakar.

Tiada ulasan:

Nuffnang