Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Rabu, 19 Mac 2008

Kecelaruan Kabinet Baru : Petanda Hayat Pemerintahan Pak Lah Singkat

"aRata-rata rakyat meragui keupayaan kabinet Pak Lah yg baru diumumkan. Walaupun beberapa nama yg dibenci rakyat telah disingkirkan seperti Rafidah dan Ku Adnan serta mengenepikan menantunya Khairy, ramai berpendapat percaturan Pak Lah dlm membentuk kabinetnya kali ini bakal memberi musibah yg berterusan kpd BN umumnya dan UMNO khususnya. Kesakitan akibat PRU12 yg lalu akan menambahkan parah parti pemerintah dan akan terus memberi sinar kpd impian pembangkang dlm merealisasikan kerajaan yg baru.

Kenapa saya berpendapat demikian? Saya tak nak ulas keseluruhan menteri yg dilantik kerana saya kekurangan masa. Cukup satu atau dua logik sahaja.

1. Zaid Ibrahim dilantik menteri penuh.
Menampakkan kecelaruan pemikiran Pak Lah dan bakal mengkucar-kacirkan UMNO Kelantan.

Sbbnya :
a) Zaid telah digantung keahlian oleh jawatankuasa disiplin parti kerana terlibat rasuah.
b) Telah tidak dicalonkan oleh UMNO Kelantan utk PRU yg lalu kerana tidak sebulu dgn pemimpin UMNO Kelantan.
c) Amalan Islamnya yg cukup dipertikaikan masyarakat setempat - atau mungkin ini memenuhi prinsip Islam Hadhari Pak Lah?
e) Dan lain2.


2. Perlantikan Menteri dan Timb Menteri tidak diperhalusi secara mendalam, cthnya KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR; Menteri : Datuk Douglas Unggah Embas (Sarawak) dan Timbalan Menteri : Datuk Abdul Ghapur Salleh (Sabah). - tiada menteri dari semenanjung.

3. Mohamad Mat Taib (Mike Tyson) yg mempunyai pelbagai skandal diambil kembali.

4. Dll (Analisa menyeluruh mungkin boleh dibuat kemudian)

Persoalan :
Adakah Pak Lah membentuk kabinetnya dgn memohon petunjuk Ilahi atau dari Khairy? Atau sekadar congakan berpandukan nafsu tanpa berbincang dgn Perhubungan BN negeri2 (khususnya Kelantan)?

Tiada ulasan:

Nuffnang