Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Ahad, 9 Mac 2008

Kemenangan rakyat di Kedah,kompleks PAS Kedah dibanjiri penyokong

Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Haji Azizan Abdul Razak akan mengadakan sidang akhbar bila-bila masa dari sekarang bersama Pengerusi KeADILan Kedah, Ir. Mohd. Zamri Yusuf di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Rakyat dari segenap lapisan ketika ini memenuhi setiap ruang dalam Dewan Dato' Fadzil Noor, Kompleks PAS Kedah untuk bersama meraikan kemenangan PAS dan KeADILan sejak jam 9.00 malam semalam.

Dewan menjadi gamat dengan laungan takbir ketika setiap kali Setiausaha PAS Kedah, Haji Yusuf Husin mengumumkan setiap kerusi yang dimenangi PAS dan KeADILan.

Dalam perkembangan lain, dilaporkan dua buah bas dan empat trak FRU kini ditempatkan di Wisma Darulaman, pusat pentadbiran kerajaan Kedah.

Rakyat juga berkumpul beramai-ramai berdekatan bangunan berkenaan termasuk di Sri Mentaloon, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah; Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Hassan Abdul Razak telah ke sana untuk melihat perkembangan yang berlaku kerana difahamkan rakyat melaungkan ingin melihat wajah MB baru Kedah.

Haji Yusuf memaklumkan bahawa tidak ada sebarang sambutan akan dilakukan, bagi pihak PAS dan KeADILan Kedah, beliau mengucapkan syabas dan berterima kasih kepada rakyat negeri ini yang telah memberi mandat untuk BA mentadbir negeri ini

Tiada ulasan:

Nuffnang