Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Khamis, 20 Mac 2008

Khir Toyo Letak Jawatan

aBekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo melepaskan jawatannya sebagai ketua badan perhubungan Umno dan BN negeri - peletakan jawatan pemimpin kanan kedua dalam sehari selepas Datuk Seri Radzi melepaskan setiausaha agung Umno dan BN pagi tadi.

Sewaktu mengumumkan perkara itu, Mohd Khir berkata beliau mengambil keputusan itu sebagai memikul tanggungjawab atas ketewasan besar-besaran calon Umno dan BN dalam pilihanraya umum 8 Mac.

"Jika keputusan (letak jawatan) ini lambat dibuat, pelbagai masalah akan berlaku, termasuk parti kita akan berpecah," katanya.

"Saya lihat sekarang telah ada sikap saling salah-menyalah antara satu (pemimpin) sama lain. Saya melepaskan jawatan ini kerana rasa perlu bertanggungjawab terhadap prestasi buruk parti."

Jawatannya itu akan diambil alih oleh ketua penerangan Umno, dan juga bekas menteri besar, senator Muhammad Muhd Taib.

Pengumuman mengejutkan itu dibuat kira-kira 9 malam ini sebelum kedua-duanya menyertai mesyuara badan perhubungan Umno negeri di Shah Alam.

Ura-ura peletakan jawatan Mohd Khir bermula lewat petang tadi.

BN gagal mempertahankan Selangor apabila mendapat 20 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Negeri itu kini ditadbir pakatan tiga parti pembangkang yang diketuai menteri besar Tan Sri Khalid Ahmad.

Tiada ulasan:

Nuffnang