Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Jumaat, 7 Mac 2008

"Killer Day"... mungkin Anwar akan jadi sasaran


Seperti yang kita tahu, pada setiap pilihanraya, pada hari terakhir atau malam sebelum pengundian, dinamakan oleh sesetengah orang sebagai "killer day" iaitu hari dimana media BN akan melancarkan serangan pembohongan terakhir yang tidak dijangka untuk mengubah minda pengundi untuk mengundi BN.

Pada tahun 1990, Tanjak "salib" yang dipakai oleh Tengku Razaligh telah disiarkan oleh akhbar dan TV sehari sebelum hari pengundian yang kita ketahui sekarang adalah tanjak tradisi Kadazan yang Mahathir sendiri pun memakainya.

Pada tahun 1999, pada malam pengundian, TV3 telah membuat temubual dengan Umi Hafelda mendakwa Anwar seorang homoseks dan berbagai lagi tuduhan.

Jadi pada tahun ini, menjadi tanda tanya, apakah benda yang akan dikeluarkan oleh pihak BN pada hari "Killer Day" nanti - Jumaat.

Saya menjangka akan keluar gambar atau video tentang Anwar kerana sudah ada bunga bunga apabila semalam dan hari ini akhbar menyerang Anwar dan Chandra Muzaffar pun digunakan sebagai senjata. ini menyebabkan Anwar menyaman Chandra RM10 juta ringgit seperti dilaporkan oleh malaysiakini. Anwar juga menyaman KJ sebanyak RM100 juta kerana menfitnah beliau dalam satui ceramah di Lembah Pantai.

Antara isu yang mungkin akan dilakukan oleh BN yang didengari di bilik gerakan UMNO (sumber mereka mungkin dari BTN - Biro Tata Negara) ialah :

1. memainkan isu survival Melayu bila UMNO kelah dengan PAS/PKR kerana jumlah bilangan kerusi parlimen Melayu hanya 124 kerusi . jadi kalau UMNO kalah 40, cina akan lebih berkuasa uhntuk menentukan politik Malaysia kerana UMNO tidak boleh bentuk kerajaan sendirian dan memerlukan sokongan MCA/MIC. Dan jika kuasa sudah berada di tangan MCA/MIC - Cina dan India, orang Melayu akan hilang kuasa selamanya seperti Melayu Singapura. - takut akan 13 Mei berulang jika BN kalah...

2. Dibelakang Anwar adalah satu pertubuhan antara agama antarabangsa... dan Anwar menerima ijazah Doktor kehormat dari Universiti Kristian di Amerika. Ini dikaitkan dengan kes Lina Joy dan lain lain kes murtad.

3. Seterusnya dari nombor 2 dikaitkan, Anwar adalah dalang disebalik demonstrasi Hindraf. Dikatakan terdapat gambar para demonstrasi hindraf memegang poster gambar Anwar di lorong lorong semasa demonstrasi hindraf berlaku.

Saya rasa pada hari "killer day" mungkin beberapa gambar atau video yang dibekalkan oleh BTN akan digunakan untuk menyokong 3 point diatas.

Oleh itu, saya berharap, pihak BA dapat bersedia dan buktikan bahawa tentangan keatas BN adalah bersifat majmuk, semua bangsa terlibat... dan kita boleh hidup dengan aman diantara kaum selepas BN tumbang. Jelaskan jika banyak kerusi UMNO tumbang, yang menang adalah orang Melayu juga dan MCA/MIC tidak boleh menguasai Melayu kerana mereka juga tumbang ditangan PKR yang pemimpinnya adalah majmuk dominan Melayu dan DAP ayng hanya bertanding hanya 47 kerusi. Untuk bentuk kerajaan, DAP harus berkerjasa dengan PAS dan PKR yang didominasi oleh melayu. Jelaskan hak hak Melayu tidak terjejas kalau BN tumbang. malah akan lebih terjaga dan dibela tanpa mengabaikan kaum kaum lain.

Tiada ulasan:

Nuffnang