Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Selasa, 11 Mac 2008

Lima negeri BA bergabung bentuk koridor ekonomi baru

KUALA LUMPUR, 11 Mac: PAS mencadangkan agar lima buah negeri yang dikuasai Barisan Alternatif (BA) sekarang bergabung membentuk koridor ekonomi di negara ini.Cadangan ini dibuat oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut dekat sini Selasa lepas.Negeri-negeri itu adalah Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak.
“Kalau perlu kita boleh buat rel keretapi laju atau lebuhraya antara Pulau Pinang dan Kelantan merentasi Kedah dan Perak,” kata Husam.Ketika ditanya media, apakah ia boleh dilaksanakan, Husam berkata, ia boleh dilakukan dengan kerjasama para pelabur dan lima kerajaan negeri yang terlibat.“Kita kena explore segala peluang yang ada untuk kepentingan rakyat,” kata Husam.Menurutnya, menguasai lima negeri tersebut bukan perkara kecil.
“Kita kena bayangkan apa yang berlaku dalam mesyuarat Majlis Kewangan Negara. Lima negeri akan mendesak pengerusi agar membuat reform dalam pembangunan kewangan.“Begitu juga dalam mesyuarat Majlis Raja-raja. Lima sultan dan MB dari negeri-negeri ini akan terlibat secara langsung dalam mesyuarat itu. Bolehlah kita bayangkan apa yang berlaku?” kata Husam.Oleh itu, katanya, apabila lima negeri bergabung, kelima-limanya bakal menghasilkan persaingan dengan negeri-negeri di bawah BN dan kesatuan di kalangan negeri-negeri BA ini.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ni cakap dulu baru nak pk la nie.. highway kan dah ade.. klu nak wat yang baru tu nak tebuk ceruk mane lagi?? nak musnahkan alam lagi ker?? tol xde.. duit nak cekau mane?? eh lupe plak mase pas perintah terengganu ari tu kan dah ade buat 'shutter' (tau ke tu aper? keretapi laju cam kat jepun tu) kat sana.. so nak link kan dengan negeri2 yang die menang la nie pulak ek!!

pembangunan kewangan konon.. ade lagi ke pelabur yang nak melabur kat negara yang kerajaan xde suara majoriti ek?? semua nak kasi free.. so duit nanti nak petik kat mane ek??

ape nak bergabung?? hehe wat lawak ker.. nak jadi timbalan menteri besar pun nak kene merayu.. huhu.. sedih nyer.. padahal kat tanah air sendiri tu... DEB nak mansuh??.. huhu tu la yang dok pegang keistimewaan orang melayu.. klu die mansuh.. makne nye aper PEMUDA ISLAM oi...

Nuffnang