Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Khamis, 6 Mac 2008

Mahathir kecewa lantik Abdullah sebagai PM



Dalam satu wawancara dengan sebuah akhbar versi internet semalam, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata bahawa beliau kecewa melantik Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai penggantinya.

"Ya, saya kecewa tetapi adalah haknya untuk cuba dan terus memegang jawatan tersebut (Perdana Menteri)," ujar Mahathir yang kini menjadi tumpuan media kerana sekali lagi mengkritik Abdullah.

Mengulas mengenai isu beliau mahu Dato' Seri Najib Tun Razak menggantikan Abdullah, Mahathir berkata, hal itu tidak ada perjanjian tetapi pada pandangannya, Abdullah berkhidmat selama sepenggal dan serah pada Najib yang ketika itu sudah berumur untuk menggantikannya.

"Kita mahukan proses peralihan yang lancar. Bila Perdana Menteri bersara, beliau digantikan oleh timbalannya.

"Jika dia lama memegang jawatan tersebut, Najib akan jadi tua apabila jadi PM. Saya hormati kebolehan Najib, dulu semua kerja yang kita beri padanya, dapat dilaksanakannya dengan cukup baik," kata Mahathir.

"Sebab Abdullah sudah berumur, dan saya fikir perlu bagi dia peluang. Saya tidak mahu (orang kata), kerana beliau pernah menentang saya, maka saya tidak melantiknya. Anda pun tahu saya pernah menerima semula mereka yang menentang saya dan cuba menjatuhkan saya," katanya.

Sementara itu mengulas mengenai kehadiran menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin sebagai pemimpin yang tidak baik, Mahathir berkata, Khairy pernah berkata bahawa boleh berbuat demikian kerana mendapat perlindungan dari bapa mertuanya.

"Tiada seorang pun patut berkata demikian. Buat perkara yang betul, maka anda tidak perlu minta perlindungan dari bapa mertua anda.Adalah amat selesa bila bapa mertua anda melindungi anda," katanya kepada Khairy sinis.

Bercakap mengenai pilihan raya, Mahathir menasihati rakyat bahawa undi bukan sahaja atas sebab kesetiaan kepada parti, tetapi juga mengundi untuk memilih orang yang baik untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang baik.

Sementara itu, bercakap mengenai proses mewujudkan pembangkang yang kuat beliau berkata, negara ini memerlukan pembangkang dan mereka mesti bersikap kritikal terhadap kerajaan.

"Tanpanya, kita tidak mempunyai cermin untuk melihat wajah kita. Anggota kerajaan kadang-kadang kaki bodek dan mereka sentiasa kata "anda betul" dan anda tiada cara untuk menilai sama ada anda di landasan yang betul. jadi jika negara ini kehilangan pembangkang dan jadi seperti Singapura, maka akan berlaku bencana," ujarnya.

Tiada ulasan:

Nuffnang