Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Khamis, 6 Mac 2008

Media Malaysia menjadi alat BN

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemimpin negara gagal berikutan kelembapan ekonomi, rasuah, kenaikan harga barang yang membebankan, amalan kronisme, kuku besi dan perbuatan menafikan hak rakyat untuk bersuara. Beliau mendakwa Malaysia mempunyai bilangan orang tua teramai di dunia dengan lebih 10,820 warga emas berusia lebih 100 tahun berada dalam senarai SPR.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga tidak bebas kerana dikawal oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Sekiranya SPR berlaku adil, maka sudah tentu fenomena (politik) di Malaysia sangat berbeza,” katanya kepada kira-kira 50 wakil media antarabangsa yang membuat liputan sidang akhbar itu.

Terdahulu, Anwar dijemput berucap pada Persidangan Ekonomi Antarabangsa ‘Risk Minds Asia 2008' yang berlangsung di hotel berkenaan. Beliau mendakwa keadaan ekonomi, sosial, kehakiman dan pendidikan Malaysia kini dalam keadaan tenat menyebabkan rakyat mahukan perubahan dengan mengundi pembangkang pada pilihan raya Sabtu ini. Katanya, pendapatan per kapita dan pelaburan Malaysia menurun lima kali ganda lebih kecil daripada Singapura menyebabkan golongan yang berpendapatan rendah hidup dalam keadaan terhimpit.

“Pendapatan minyak Petronas kira-kira RM100 bilion setahun dan jika ditolak cukai keuntungan bersihnya RM80 bilion, maka lebih baik (keuntungan itu) digunakan untuk meningkatkan kualiti kehidupan, pendidikan dan kesihatan rakyat,” ujarnya. Beliau juga menuduh kepimpinan BN telah menyalahgunakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk memberi kekayaan kepada kumpulan kecil iaitu keluarga dan kroni pemimpin. “Sebanyak RM60 bilion wang kerajaan diberikan kepada kroni yang hanya beberapa orang manakala cuma RM5 bilion diagihkan kepada rakyat,” jelasnya.

Anwar turut mendakwa BN cuba menggambarkannya sebagai anti-Melayu, Cina dan India. Katanya, BN menakut-nakutkan rakyat dengan isu perkauman bagi meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya. Pemimpin PKR itu yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri kemudian merayu media antarabangsa supaya mengikuti kempennya kerana beliau mendakwa “media di Malaysia menjadi alat BN.”

Anwar berkata, walaupun kebebasan bersuara pembangkang disekat, beliau yakin parti pembangkang mampu memenangi sekurang-kurangnya 75 kerusi Parlimen yang ditandingi.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan dalam pilihan raya Sabtu ini. Dengan unjuran memenangi 75 kerusi itu, beliau menjangkakan parti pembangkang dapat menafikan majoriti dua pertiga BN di Dewan Rakyat.

“Susah untuk menang majoriti dua pertiga, melainkan anda melakukan penipuan besar-besaran,” cemuhnya sambil menyebut dakwaan itu disokong dengan risikan dan tinjauan pendapat.

Menurut Anwar, tindakan SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal pada kuku pula seperti yang diumumkan semalam membuktikan suruhanjaya itu dikawal oleh BN yang semakin takut dengan kemaraan parti pembangkang. Menjawab satu soalan, beliau mengakui pakatan parti pembangkang tidak kuat tetapi parti-parti itu boleh bekerjasama dalam pilihan raya kali ini, malah Pas di Kelantan mampu meraih lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Anwar juga yakin isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan menang mudah di Parlimen Permatang Pauh, namun anak sulungnya, Nurul Izzah dijangka bersaing sengit untuk menang di Lembah Pantai menentang Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.


Tiada ulasan:

Nuffnang