Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Sabtu, 22 Mac 2008

Memo untuk Datuk Ahamd Said - MB Terengganu

Dipetik dari Su-Kj

Kepada Datuk Ahmad Said

1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Tahniah kepada Datuk kerana telah dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu.

2. Saya kenal dan masih ingat Datuk. Mungkin 'pasti' Datuk tentunya tidak kenal dan ingat saya lagi. Kerana kita dipisahkan oleh masa dan kerjaya.

3. Cuba Datuk ingat kembali pada sekitar tahun 1980an, ketika itu Datuk bertugas sebagai Pen Pegawai Daerah Setiu, Terengganu. Pegawai Daerah ketika itu ialah Datuk Ku Azah iaitu bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu sebelum bersara dari perkhidmatan. Manakala Ketua Pen Peg Daerah pula ialah Tn. Hj Harun.

4. Cuba Datuk ingat semasa banjir besar melanda Daerah Setiu di mana ada seorang 'Army Officer' bersama 17 anggotanya telah dikerah membantu menyelamatkan mangsa-mangsa banjir diseluruh Daerah Setiu. Jadi untuk maklumat Datuk sayalah 'Army Officer' tersebut.

5. Malah adakah Datuk masih ingat lagi bila suatu malam Datuk Ku Azah, seorang 'Army Officer' dan Datuk bersama beberapa Anggota tentera pergi mengangkat dan membawa keluar satu mayat yang tersangkut disebatang pokok kerana dibawa arus deras di Kpg. Guntung Luar, Setiu. Maka untuk maklumat Datuk sayalah 'Army Officer' tersebut.

6. Sebenarnya apa yang ingin saya terangkan di sini bukanlah berniat untuk menunjukkan siapa diri saya tetapi disebalik semua peristiwa itu ada satu peristiwa yang sukar untuk saya lupakan.

7. Adakah Datuk tahu semasa kami bertugas 24 jam tak tentu masa dalam keadaan sentiasa dibasahi hujan, kami Anggota tentera telah dilayan seperti bukan seorang manusia. Antara yang paling ketara sekali ialah berapa kali saya terpaksa merayu dan meminta belas kasihan hanya sekadar untuk mendapat 'sebungkus nasi' yang harganya sekitar rm1.50 sahaja pada ketika itu. Walaupun kami ada dibekalkan 'ration' tetapi adakah munasabah dan praktikal untuk kami memasak munggunakan lilin(cookers) dalam keadaan tugas kami yang tak tentu masa dan keadaan. Akhirnya atas sifat belas kasihan Datuk Ku Azah akhirnya kami diberi juga nasi bungkus yang berharga rm1.50 sebungkus untuk setiap seorang. Kami hanya diberi 2 bungkus satu hari untuk tengah hari dan petang. Sarapan pagi pula tidak diberi hanya minum air hujan.

8. Dalam hal ini, saya tidak menyalahkan Datuk. Namun saya terkilan kerana Datuk Yusuf Noor Ahli Parlimen Setiu ketika itu sering kesitu tetapi sepatah perkataan pun tidak menegur dan memperdulikan kami. apatah lagi nak hulurkan sedikit bantuan makanan seperti yang saya nyatakan di atas. Maka di sinilah bermulanya tiktik permulaan 'Perasaan Marah' dan 'Hilang Kepercayaan' kepada Pemimpin Umno dalam hidup saya.

9. Akhir sekali saya mohon maaf sekiranya apa yang saya bangkitkan ini telah menyinggung perasaan Datuk dan Pemimpin-pemimpin Umno yang lain. Saya harap yang lepas biarlah lepas semoga pengalaman lepas boleh menjadi pengajaran untuk kita bersama.

10. Selamat Berkhidmat. Sekian Terima kasih.

Tiada ulasan:

Nuffnang