Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Khamis, 6 Mac 2008

Mufti Perlis beri amaran, berpolitik bukan untuk cari kekayaan


Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberi peringatan bahawa berpolitik bukanlah landasan untuk mencari kekayaan atau membalas dendam melainkan semata-semata untuk menunaikan amanah Allah s.w.t. dan mencari keredaanNya demi memaslahatan masyarakat, bukannya untuk kepentingan peribadi.

Dalam satu hadis riwayat Imam Al-Bukahri beliau mengungkapkan,"Kamu begitu inginkan kepada jawatan kepimpinan dan ianya merupakan penyesalan pada hari kiamat, ianya senikmat-nikmat permulaan dan merupakan seburuk-buruk kesudahan yakni nikmat di dunia dan buruk kesudahannya pada hari kiamat" melainkan mereka yang mendapat jawatan itu bertujuan untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah Allah," ujarnya.

Katanya, jika perkara ini tidak dijadikan asas, maka dalam masyarakat akan berterusan poiltik permusuhan di antara satu sama lain yang tidak berkesudahan. Beliau menegur setiap individu yang melibatkan diri dalam politik yang sering.

"Bukan setiap orang sanggup fikir apa yang dia akan jawab di depan Allah s.w.t. pada hari kiamat. Setiap di kalangan mereka yang terbabit dalam politik, hendaklah bertanya kepada dirinya sebelum ditanya Allah apakah tujuan dia berpolitik?

"Apakah sebagai seorang penggemar politik itu sebagimana seorang kaki pancing yang menjadikan kegemaran memancing sebagai kegemaran di masa lapang, ataupun sebenarnya dia menjadikan politik saluran membina kekayaan atau kemewahan serta mencari harta atau sebenaranya dia ingin memenuhi perasaan tamak dan ingin membalas dendam di dalam politik, atau sebenarnya dia ingin tunduk kepada Allah dan menjadikan jawatan sebagai kesempatan unutk membawa ketaqwaan dan kesolehan di dalam masyarakat.

"Orang-orang yang kami beri kedudukan di atas bumi, mereka itu mendirkan solat, mengelurkan zakat, mereka itu menyuruh kepada kemakrufan dan mencegah kemunkaran dan bagi Allah s.w.t itu kesudahan segala urusan," katanya.

Dengan mengungkap sebuah kisah, Mohd Asri menyebut sebuah kisah ketika khalifah Harun al-Rasyid yang sedang bersa'i ditegur seorang ulama dan berkata kepadanya, "Wahai Harun dari atas bukit safa ini kau lihat orang sedang bertawaf di Kaabah, mereka itu akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak tentang dosa yang mereka lakukan, adapun engkau pula akan ditanya tentang dosa engkau, dosa mereka semua dan dosa semua umat yang berada di bawah pemerintahanmu.

Beliau menyeru semua agar takutkan Allah akan jawatan kepimpinan agar tidak dijadikan ianya satu sandiwara dan tempat untuk bersuka-suka.

"Jadikalah ini satu amaran yang amat menggerunkan dan menakutkan bukan tempat untuk mengumpul kekayaan atau sumber untuk memuaskan nafsu politik," serunya dalam khutbah Jumaat yang disampaikan di Masjid Alwi, Kangar Jumaat lalu

Tiada ulasan:

Nuffnang