Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Rabu, 12 Mac 2008

Ong Ka Ting tolak jawatan menteri


Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting menolak tawaran menganggotai semula Kabinet atau memegang sebarang jawatan dalam kerajaan kerana mahu menumpukan sepenuh masanya untuk membina semula dan membuat pembaharuan dalam MCA selepas kalah teruk dalam pilihanraya umum Sabtu lalu.


Dalam pilihanraya umum Sabtu lalu, MCA tewas di 25 daripada 40 kerusi Parlimen yang ditandingnya. Parti itu juga tewas 59 daripada 90 kerusi negeri yang ditandingnya.

Parti komponen kedua terbesar dalam Barisan Nasional (BN) itu kalah kepada DAP di semua kerusi yang ditandinginya di Pulau Pinang.

Dalam pilihanraya umum 2004, MCA bertanding jumlah kerusi yang sama dan memenangi 31 kerusi Parlimen serta 76 kerusi negeri.

"Saya bertanggungjawab bagi kekalahan sebahagian besar calon MCA pada pilihanraya umum baru-baru ini yang berpunca daripada pelbagai sebab.

"Bagi melaksanakan tanggungjawab yang amat mendesak berikutan perkembangan terbaru dalam politik ini, saya membuat keputusan untuk tidak menawarkan diri bagi memegang sebarang jawatan Kabinet atau menyandang sebarang jawatan dalam kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ong berkata, usaha membina dan memperkasakan semula MCA merupakan tugas yang perlu dilakukan "walaupun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran".

Rakyat Malaysia, tegas Ong, Dalam telah menghantar mesej yang jelas dalam menyuarakan kekecewaan mereka terhadap pelbagai isu.

"Semua ini telah menyumbang kepada kekalahan banyak calon BN dalam pilihanraya berkenaan," katanya.

MCA, kata Ong lagi, akan peka terhadap apa yang disuarakan oleh rakyat Malaysia.

Sementara, akhbar-akhbar berbahasa Cina hari ini melaporkan abangnya Datuk Ong Ka Chuan yang juga setiausaha agung MCA, dijangka akan mengisi kekosongan di kementerian yang disandag Ka Ting sekarang.

Ka Chuan menang kerusi parlimen Tanjung Malim dalam pilihanraya umum Sabtu lalu.

Akhbar-akhbar itu melaporkan tiga lagi kekosongan jawatan menteri yang diperuntukkan kepada MCA akan diisi oleh Ketua Wanita, Datuk Dr Ng Yen Yen (Menteri Kesihatan).

Manakala Naib Presiden, Datuk Ong Tee Keat dan Ketua Pemuda MCA, Datuk LiowTiong Lai dijangka dilantik mengisi dua lagi jawatan menteri - Menteri Sumber Manusia dan Menteri Pengangkutan.

Tiada ulasan:

Nuffnang