Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Rabu, 12 Mac 2008

PAS cabar keputusan DUN Sanglang


PAS Perlis bercadang memfailkan petisyen bagi pengiraan semula undi kerusi negeri kawasan Sanglang dalam pilihanraya umum Sabtu lalu.

Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Perlis, Karim Mat Rejab berkata parti itu tidak berpuashati dengan keputusan pilihanraya bagi kawasan itu.

Parti itu mendakwa mendakwa kerani kiraan undi tersilap mencatatkan jumlah kiraan untuk satu saluran undi di Sekolah Kebangsaan Padang Keria.

Karim mendakwa, ia hanya disedari selepas keputusan diumumkan.

Bernama memetik Karim sebagai berkata, PAS menyerahkan kes itu kepada peguamnya dan petisyen akan difailkan selepas keputusan pilihanraya diwartakan.

Dalam pilihanraya umum tersebut, calon Barisan Nasional (BN) Abdullah Hassan memperolehi 3,384 undi.

Calon PAS, Hashim Jasin yang juga penyandang kerusi DUN Sanglang mendapat 3,235 undi. Abdullah menang dengan majoriti 149 undi.

Pada 2004, Hashim mengalahkan calon BN, Datuk Mastika Junaidah Hussin dengan majoriti 45 undi.

Dalam pilihanraya umum kali ini, BN menang kesemua tiga kerusi Parlimen dan 14 daripada 14 kerusi DUN.

BN negeri hanya tewas di kerusi DUN Simpang Empat. Calonnya, Zahari Bakar tewas kepada calon PAS, Rus'sele Eizan dengan majoriti 53 undi sahaja. BN bagaimanapun berjaya merampas kembali Sanglang yang dipegang PAS selama dua penggal.

Tiada ulasan:

Nuffnang