Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Jumaat, 7 Mac 2008

Pemuda PAS bertindak jika pilihan raya kotor - Salahuddin

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mengulangi penegasanya sebelum ini bahawa Pemuda PAS akan bertindak tegas menghadapi apa jua bentuk penipuan dalam pilihan raya kali ini.

"Di hadapan 15,000 ahli Pemuda PAS, saya telah mengingatkan dalam Himpunan Pemuda PAS di sini pada bulan Disember 2006 lalu bahawa kita tidak akan menerima kekalahan melalui cara-cara yang kotor.

"Hari ini saya mengulangi penegasan yang sama dan Pemuda PAS akan bertindak tegas menghadapi apa jua bentuk penipuan dalam pilihan raya kali ini," tegas beliau.

PAS, katanya, sentiasa patuh kepada perlembagaan negara dan tetap mengambil bahagian dalam semua pilihan raya sejak pilihanraya pertama walaupun sering mengalami kekalahan.

"Kita telah membuktikan bahawa boleh menerima kekalahan dalam pilihan raya yang bersih tetapi jika kekalahan diakibatkan oleh cara-cara yang kotor, kita pasti bertindak," tegas Salahuddin.

Pemuda PAS, tegas beliau, tidak akan menerima sama sekali tindakan-tindakan yang mengotorkan demokrasi seperti penipuan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pengundi hantu, tindakan berat sebelah pihak polis dan pelbagai taktik kotor lain.

Tiada ulasan:

Nuffnang