Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Rabu, 19 Mac 2008

Penolakan Anifah sebagai timbalan menteri tamparan awal kepada Pak Lah

" TIDAK sampai 24 jam selepas mengumumkan kabinet barunya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerima tamparan awal apabila salah seorang daripadanya menolak pelantikan itu.

Anggota Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman telah menolak pencalonan sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan sebagaimana dilaporkan Bernama tengah malam tadi.

Alasan yang dikemukakan ialah ingin memberi peluang kepada orang lain yang lebih muda memegang jawatan itu setelah beliau berkhidmat dalam kabinet selama dua penggal.

“Saya telah menjadi Timbalan Menteri untuk dua penggal dan saya rasa sudah tiba masanya bagi saya memberikan laluan kepada orang yang lebih muda memegang jawatan itu, saya telah memutuskan untuk tidak menerimanya,” tegas Anifah.

Ketika prestasi buruk Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 baru-baru ini mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk dari dalam parti itu sendiri, penolakan ini dijangka menjadi tamparan hebat kepada Perdana Menteri.

Anifah, 54, yang juga adik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menang di kerusi Beaufort pada 1999 dan 2004 sebelum bertanding di kerusi parlimen barunya itu.

Belum jelas penolakan beliau itu akibat bantahan atau sebab-sebab lain.

Sementara itu Malaysiakini melaporkan BN Sabah kecewa apabila tidak diberikan lebih banyak jawatan utama walaupun negeri itu dan Sarawak menyumbang jumlah kerusi yang besar di Dewan Rakyat.

Daripada 140 kerusi BN di parlimen, 51 dimenangi di Malaysia timur. Parti-parti pembangkang kini memperolehi 82 kerusi - dua daripadanya di Sabah dan Sarawak.

Timbalan ketua perhubungan Umno Sabah, Datuk Mohd Shafie Apdal berkata pemimpin-pemimpin negeri itu meluahkan rasa kecewa selepas pengumuman tengah hari semalam kerana harapan mereka begitu tinggi untuk mendapat jawatan kanan.

Sebaliknya, lapor laman web New Straits Times, mereka perhatikan negeri-negeri yang berprestasi kurang baik dalam pilihanraya umum tetap diutamakan.

Dalam pada itu, Pergerakan Wanita Umno turut membantah pengguguran dua pemimpin kanan mereka, termasuk ketuanya Datuk Seri Rafidah Aziz yang mengekalkan kerusi Kuala Kangsar.

Naib ketua Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang tewas di kerusi Lembah Pantai, tidak tersenarai sebagaimana janji Abdullah untuk tidak melantik calon BN yang kecundang.

Bagaimanapun beliau tiba-tiba dilantik sebagai penasihat khas Perdana Menteri bagi hal-ehwal sosial dan wanita petang semalam selepas pergerakan itu mengadakan mesyuarat khas membincangkan barisan kabinet baru Abdullah.

Pelantikan mengejut Shahrizat dilaporkan gagal meredakan kekecewaan mereka.

Kira-kira 50 pemimpin Wanita bergerak ke pejabat dan kediaman rasmi Abdullah di Putrajaya lebih kurang 8 malam tadi untuk menyatakan bantahan mereka.

Mereka kecewa kerana Wanita Umno yang sering bertungkus-lumus memenangkan calon-calon BN tidak dihargai.

Bekas timbalan perdana menteri, yang juga penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam meramalkan Umno akan terus bergolak susulan pengagihan jawatan dalam kabinet kali ini

Tiada ulasan:

Nuffnang