Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Khamis, 20 Mac 2008

Sah, Richard Riot keluar BN, dijangka bawa ribuan penyokong sertai PKR

AHLI parlimen Serian, Richard Riot telah keluar dari SUPP - parti komponen Barisan Nasional (BN) - bersama ramai ahli parti itu dari kawasannya selepas beliau tidak dilantik sebagai timbalan menteri di peringkat pusat.

Richard, seorang Bidayuh, telah menjadi ahli parlimen Serian selama lima penggal. Beliau menang kerusi Serian sebagai calon bebas pada 1990 dan menyertai Supp untuk mengekalkan kerusinya sebagai ahli parlimen BN kerana Serian merupakan kerusi tradisi Supp.

Richard menyerahkan surat keluar parti kepada Presiden Supp, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam pada hari yang sama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan barisan kabinetnya.

Menurut jurucakap itu lagi, ramai ahli Supp di Serian, sebahagian besarnya suku kaum Bidayuh, telah memulangkan kad keahlian mereka dan menghantarnya dalam sebuah beg kepada presiden parti bersama dengan surat keluar parti. Bendera parti Supp di pejabat Serian telah diturunkan dan dibakar oleh ahli-ahli yang marah.
Seorang ahli veteran parti itu, yang bertindak sebagai jurucakap ahli parlimen Serian itu, mengesahkan kepada Malaysiakini desas-desus bahawa Richard telah keluar parti bersama ramai penyokongnya dari lima cawangan Supp kawasan tersebut.

Setiap cawangan mempunyai lebih 1,000 ahli.

Jurucakap tersebut yang tidak mahu namanya disebut berkata, selepas surat itu diserahkan kepada Chan, presiden Supp itu menghantar setiausaha agungnya, Sim Kheng Hui pergi memujuk Richard.

"Tetapi Richard tidak dapat ditemui," tambahnya.

Menurut jurucakap itu lagi, ramai ahli Supp di Serian, sebahagian besarnya suku kaum Bidayuh, telah memulangkan kad keahlian mereka dan menghantarnya dalam sebuah beg kepada presiden parti bersama dengan surat keluar parti.

Bendera parti Supp di pejabat Serian telah diturunkan dan dibakar oleh ahli-ahli yang marah.

'Tidak dipenting'

Dalam suratnya itu, Richard dikatakan telah memberitahu Chan - salah seorang timbalan ketua menteri Sarawak - bahawa parti itu tidak mementingkan kaum Dayak.

Chan dituduh mengemukakan empat nama dari parti tersebut untuk pertimbangan perdana menteri sedangkan beliau (Chan) sendiri tahu kuota untuk parti itu hanya tiga jawatan - seorang menteri penuh dan dua timbalan menteri.

Empat nama tersebut ialah ahli parlimen Miri, Datuk Peter Chin, Datuk Robert Lau (Sibu), Datuk Yong Khoon Seng (Stampin) dan Richard Riot.

Richard memang kerusi Serian untuk penggal kelima dengan majoriti besar 13,427 undi, mengalahkan calon Snap, Sylvester Belayong Jayang.

Parlimen Serian mempunyai 27,901 pemilih berdaftar - 80 peratus daripadanya suku kaum Bidayuh.

Ekoran keputusan Richard itu, Supp kini hanya mempunyai lima ahli parlimen - semua kaum Cina. Parti itu kalah kerusi parlimen (Bandar Kuching) kepada penyandang dari DAP, Chong Chieng Jen.

Richard tidak dapat dihubungi tetapi jurucakapnya memberitahu Malaysiakini bahawa beliau telah pulang ke kampungnya dan tidak akan menemui sebarang pemimpin Supp.

Beliau dijangka menjadi ahli parlimen bebas walaupun terdapat laporan yang mengatakan beliau telah menunjukkan minat untuk menyertai PKR.

Tiada ulasan:

Nuffnang