Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Khamis, 6 Mac 2008

SPR perlu berhenti memperbodohkan rakyat - KeADILan

Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) menyifatkan pembatalan penggunaan dakwat kekal oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selasa lepas, menunjukkan ketidaktegasan dan keprihatinan kerajaan tentang kebebasan dan untuk meyakini rakyat bahawa tidak ada undi yang dibuat beberapa kali.

Pada hal kata Setiausaha Agungnya, Tan Sri Khalid Ibrahim, perkara tersebut bukan saja hendak dilakukan di Malaysia tetapi dilakukan di India dan juga di negara-negara yang ingin membolehkan pengundian itu dibuat dengan cara telus dan tidak ada penindihan pengundi.

"Jadi saya rasa kalau betul perkara ini akan merosakkan rakyat ia sudah dibantah tiga atau empat bulan dahulu.

"Ini kerana perkara tersebut banyak dibincangkan sehinggakan bukan saja di segi meterial yang digunakan tetapi di segi kesahihan benda itu digunakan sama ada boleh membatalkan sembahyang atau tidak," katanya yang ditemui semasa sidang media calon-calon KeADILan Selangor di Pejabat Ketua Umum KeADILan di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Kelmarin Pengerusi SPR, Tan Sri Rashid Abdul Rahman mengumumkan penggunaan dakwat kekal pada hari pengundian, 8 March ini dibatalkan atas alasan keselamatan.

Katanya, perkara itu telah dibincangkan dengan teliti jadi mengapa pula wujud alasan bahawa penggunaannya akan merosakkan negara.

"Sepatutnya, perkara merosakkan negara atau tidak sudah tidak timbul. Jika keadaan tersebut berlaku mengapa negara India tidak persoalkan perkara ini sedangkan jumlah pengundi di India melebihi empat ratus juta orang," katanya.

Oleh sebab itu katanya pembatalan tersebut tidak munasabah dan berharap kerajaan jangan sekali-kali gunakan alasan yang menampakkan untuk membodohkan rakyat.

Sementara itu, dalam sidang media yang diadakan sebelum itu, calon-calon KeADILan Dun Selangor, mendakwa calon-calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kali ini tidak mengambil langkah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi di Selangor.

Antaranya mereka mendakwa, calon BN tidak mengambil tindakan ke atas semua penyalahgunaan yang dikepalai Dato' Seri Muhamad Khir Toyo yang memegang jawatan Menteri Besar selama lapan tahun.

Kata mereka, ini jelas dengan melihat penyelewengan demi penyelewengan kuasa yang masih belum selesai.

Kata mereka ini termasuk ramai Dun yang hidup mewah walaupun rakyat terpinggir.

"Contohnya, bekas Dun Pelabuhan Kelang, Zakaria Mohd Deros yang terang-terang melanggar peraturan dengan 'istana' kediamannya dibina tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan.

Dengan itu, lebih daripada sepuluh calon KeADILan yang hadir di sidang media tersebut berikrar akan mendedahkan segala penyalahgunaan kuasa di bawah pentadbiran Khir Toyo.

Calon-calon KeADILan tersebut berjanji akan membela masa depan rakyat, membangunkan Selangor dengan adil dan saksama serta mengikut menifesto KeADILan untuk membawa harapan baru di negeri Selangor.

Tiada ulasan:

Nuffnang