Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Sabtu, 12 April 2008

Abdullah Kena Faham Kehendak Umno Johor

MSO
UMNO Johor telah menyatakan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada Abdullah Ahmad Badawisebagai presiden dan perdana menteri. Kenyataan itu dibuat oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Abdul Ghani Othman selepas badan berkenaan berjumpa dengan Abdullah kira-kira tiga jam.
Sekali dengar kenyataan itu semacam ikhlas dan jujur. Namun bila dilihat dan dipadankan dengan senerio semasa atau khabar-khabar yang tersebar sebelum ini menyebabkan kenyataan atau ikrar itu boleh dipertikaikan.
Sebelum ini Umno Johor dikatakan akan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada Abdullah agar berhenti. Mereka juga akan turut ajar teknik atau pun kaedah cara-cara berundur dengan baik sehingga tidak memalukan Abdullah.

Khabarnya sembilan daripada 25 ahli badan perhubunga Umno telah membuat pywar awal mahukan Abdullah berundur. Ia sudah tersebar luas dalam internet dan blog. Tindakan sembilan itu juga dipercayai disokong oleh beberapa orang lagi. Tetapi kerana mereka ada kepentingan dan ingin menjaga periuk nasi maka mereka diamkan saja.
Perkemanbgan yang sudah menyenak minda umum itu agak kontas dengan apa yang dinyatakan oleh Abdul Ghani Othman. Apakah kesemua sembilan yang menentang itu berubah hati apabila bertemua dengan Abdulah seperti mana berlaku ke atas seorang bloger beberapa hari lalu?
Ataupun ada cerita lain di sebalik pertemuan itu sebenarnya. Ianya sengaja disembunyikan bagi mengelak Abdullah malu dan tidak sampai membiarkan carik-carik kecil dalam Umno terus membedah!
Menyembunikan sesuatu
Biarpun Abdul Ghani dan Umno cuba menyembunyikan sesuatu namun ia terhidu juga oleh orang luar atau pemerhati politik. Orang yang bijak akan bertanya sendiri mengapa dalam suasana Umno Johor menyatakan sokongan kepada Abdullah tetapi mereka juga menyuruh Abdullah menyediakan pelan peralihan kuasa.
Apakah maksud dan makna pelan peralihan kuasa? Apakah tujuan dan maksud pelan berkenaan? Perlalihan kuasa bermakna, pegantian atau pertukaran orang yang memegang kuasa di dalam sesuatu organisasi. Dalam konteks Umno, ialah penggantian pucuk pimpinanya. Secara terangnya Abdullah perlu diganti oleh seseorang yang lain.
Manakala peralihan kuasa dalam konteks lebih luar (negara) ialah pertukaran parti yang memerintah Malaysia. Mislanya daripada BN/Umno kepada pembangkang PKR-DAP-Pas yang kini sedang mengagaskan Pakatan Rakyat.
Memahami maksud itu, apabila Johor meminta Abdullah mengadakan pelan peralihan kuasa ia membawa maksud meminta Abdullah berundur secara sistemetik. Mungkin Umno Johor tidak tegamak menggunakan perkataan “berundur” sebaliknya menggunakan istilah sains politik yang diplomasi, pelan peralihan kuasa.
Abdullah jangan baut-buat tidak faham dengan apa yang berlaku di Johor itu. Cadangan supaya beliau menyediakan pelan peralihan kuasa itu adalah simbolik atau isyarat halus agar beliau berundur atau lepas jawatan.
Adalah malang sekali kalau Abdullah masih terus berniat baik dengan Umno Johor itu dan merasakan Umno Johor pimpinan Abdul Gahni itu ikhlas dan jujur terhadapnya. Kalau beliau menerima apa yang berlaku di Johor jelas beliau tertipu!
Abdullah perlu ingatan kepada latar sejarang hubungan beliau dengan Abdul Ghani yang kurang baik. Mereka bertelingakah pendapat dalam berbagai hal. Abdul Ghani dikatakan berkecil hati kepada beberapa keputusan Abdullah mengenai beberapa projek pembangunan di Johor.
Menggunakan kuasa
Abdullah dikatakan tidak berunding dengan Abdul Ghani dan menggunakan kuasanya sebagai PM. Terutamanya mengenai projek Pembangunan Wilayah Iskandar yang kini menjadi Iskandar Malaysia.
Tindakan itu menyebabkan Abdul Ghani merasakan beliau di belakangkan.
Begitu juga cadangan Abdullah hendak menukar MB tidak disenangi oleh Abdul Ghani. Walaupun Abdul Ghanidijanjikan untuk diletak di pusat namun tindakan itu seolah-olah menunjukkan Abdul Ghani tidak perform sebagai MB.
Menejelang pilihan raya lalu, Abdullah sekali menghadap Sultan Johor untuk meyampaikan hasratnya untuk menukar MB daripada Abdul Ghani kepada Khalid Nordin. Namun usaha itu gagal.
Berdasarkan latar itu apa yang berlaku di dalam badan perhubungan Umno Johor itu tidak hairan kalau Abdul Ghani juga turut bersekongkol untuk meminta Abdulah berundur. Hanya sekalu Pengerusi beliau harus bertindak bijak agar tidak menimbulkan masalah besar kepada Umno.
Kesimpulannya Abdullah tidak boleh merasa selesa dengan pengakuan Umno Johor semalam. Paling penting beliau harus menyedari apakah maksud tersirat di sebalik kenyataan menyokong dan meminta beliau mengadakan pelan peralihan kuasa itu.
Maksud yang tersirat yang mudah ditafsirkan ialah Umno Johor sepakat mahukan beliau berundur. Bagi Umno Johor Abdullah sudah menjadi pembawa wabak yang bakal memusnahkan Umno seluruhnya. Bagi orang Johor mereka sangat takut akan kepupusan Umno kerana parti itu mengikut sejarahnya modennya ditubuh di Istana Sultan Abu Bakar.
Keagungan duniawi itu benar-benar dipertahankan oleh orang Melayu Johor!
Justeru adalah lebih baik kalau Abdullah tidak menelan kenyataan sokongan oleh Abdul Ghani itu sebaliknya tetap beranggapan bahawa Umno Johor sudah tidak ‘hingin’ kepadanya lagi.

Tiada ulasan:

Nuffnang