Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Khamis, 24 April 2008

Wakil BN lompat sebelum 16 Sept

Beberapa ahli parlimen Barisan Nasional di Sabah telah membuat keputusan untuk menyertai Pakatan Rakyat dan sedang menunggu masa sesuai, selewat-lewatnya pertengahan September, kata penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Apa yang menahan mereka ialah pengaturan masa. Ahli-ahli parlimen ini belum pun mengangkat sumpah di parlimen (lagi). Kami bukanlah tergesa-gesa," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu dalam lawatan ke negeri itu, hari ini.
Anwar menambah, lapor Bernama, jika mereka tidak menyertai bulan depan, mungkin dalam bulan berikutnya, Julai atau malah pada Hari Merdeka (31 Ogos).
"Tetapi saya fikir kami tidak akan melewati tempoh itu," katanya.Bagaimanapun laman web The Star Online pula, juga memetik kenyataan Anwar di tempat yang sama, memberikan tarikh yang berbeza, 16 September atau hari ulang tahun pembentukan Malaysia.Beliau juga mendakwa BN sedang memantau dengan dekat pergerakannya sekarang dan ada kemungkinan akan bertindak keras atau mengugut wakil-wakil parti itu yang ingin berpindah kepada Pakatan. Bekas menteri kewangan itu mendakwa, beliau boleh mengadakan rundingan dengan wakil rakyat BN sama ada di Singapura, Abu Dhabi atau Hong Kong walaupun "bunyinya seperti bahan lawak." Selain itu, laporan sama dipetik, Anwar juga memerlukan masa untuk mengadakan rundingan dengan parti-parti lain dalam gabungan pembangkang itu sebelum bertindak.
Sementara agensi AFP melaporkan, Anwar meramalkan beliau akan menjadi perdana menteri "dalam tempoh tiga tahun ini".Katanya, tiada jangka masa jelas tentang tarikh beliau akan menjadi perdana menteri tetapi meramalkan tempohnya "tidak sampai tiga tahun lagi"."(Tetapi) saya bukannya tergesa-gesa," katanya kepada agensi berita antarabangsa itu.Parti Rakyat Malaysia (PRM) hari ini membantah usaha menggerakkan kempen lompat parti wakil-wakil BN seperti yang dijalankan Anwar .
Sambil menyifatkan usaha sedemikian "tidak sah dan tidak beretika", presiden PRM Hassan Abdul Karim menggesa keputusan pilihanraya umum lalu harus dihormati semua pihak."PRM berpendapat kerajaan BN perlu diberi peluang untuk mentadbir kerajaan pusat bagi lima tahun lagi dengan aman dan tanpadiganggu-gugat secara yang tidak demokratik," katanya.
Akhbar Utusan Malaysia melaporkan parti-parti komponen BN di negeri itu menafikan mereka akan melompat parti dan menyertai Pakatan. Timbalan presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Eric Majimbun (gambar) dilaporkan berkata, desas-desus terdapat wakil parti itu berhasrat melompat parti berkemungkinan besar timbul susulan kelantangan SAPP menyuarakan pandangan kepada pimpinan BN.
Lawatan Anwar di negeri itu dan Sarawak memanaskan lagi cakap-cakap tentang isu lompat parti yang dimulakan daripada kenyataan bekas timbalan perdana menteri itu sejak kemenangan besar PKR dan dua rakannya DAP dan PAS pada 8 Mac. Tawaran terbuka pengerusi jawatankuasa pemandu PKR Sabah dan Sarawak, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan kepada wakil rakyat BN agar menyertai pakatan pembangkang baru-baru ini menghangatkan lagi keadaan.

Tiada ulasan:

Nuffnang