Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Rabu, 24 September 2008

Pakatan kata sedang runding dengan k'jaan, PM nafi

Pakatan Rakyat berkata, pihaknya telah mula berunding dengan kerajaan berhubung peralihan kuasa, selepas ia mendakwa telah mendapat sokongan yang mencukupi dari ahli-ahli Parlimen untuk menumbangkan kerajaan.

"Terdapat kontak awal antara orang tengah kita denga orang tengah Abdullah," kata Ketua Penerangan PKR, Tian Chua.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang enggan bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagaimanapun menafikan ada kontak dibuat melalui orang tengah.

"Tidak ada sebarang pertemuan dengan orang Anwar," kata Abdullah kepada pemberita.

Tian berkata, beberapa pertemuan telah diadakan sejak hujung minggu antara "orang tengah kita dengan orang tengah Abdullah".

"Niat kita mengadakannya ialah untuk peralihan kuasa kepada pembangkang, tetapi saya tidak boleh bercakap bagi pihak sana," kata Tian kepada AFP.

"Setakat ini ia nampak baik dan kita akan tungguh dan lihat apa yang berlaku," tambahnya.

Pertemuan telah diadakan

Tian berkata, kontak awal dibuat pada hujung minggu dan lebih daripada satu pertemuan telah diadakan.

Awal bulan ini, Anwar berkata, beliau mempunyai sokongan dari lebih 31 ahli Parlimen BN tetapi enggan mendedahkan senarai nama mereka sehinggalah beliau bertemu Abdullah.

Anwar juga telah meminta Abdullah memanggil sidang khas Parlimen - yang tidak bersidang sekarang - untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap perdana menteri.

Anwar memberi tempoh sehingga hari ini - 23 September - kepada Abdullah untuk memanggil sidang khas tersebut.

Perdana menteri bagaimanapun enggan berbuat demikian dan menolak dakwaan Anwar itu sebagai satu pembohongan.

Sehingga ini, tiada tanda-tanda yang Abdullah akan meletak jawatan walaupun ada desakan daripada menteri-menteri kabinet yang mau beliau berbuat demikian lebih awal daripada pelan peralihan kuasa 2010.

Abdullah berdepan dengan tekanan terhadap masa depan politiknya selepas BN kalah teruk dalam pilihanraya umum Mac lalu di mana ia gagal mengekalkan majoriti dua pertiga di Parlimen dan hilang lima negeri kepada pembangkang.

Menurut sumber-sumber parti, beliau berdepan dengan tekanan supaya meletakkan jawatan hujung tahun ini.

Anwar jumpa pemimpin PAS

Sementara itu, Bernama memetik Tian sebagai berkata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menemui pemimpin PAS Kelantan dalam usaha untuk menyakinkan mereka bahawa ahli Parlimen PAS tidak akan diketepikan jika Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan persekutuan yang baru.

Katanya, Anwar, yang juga Penasihat PKR, kini menumpukan usaha menyakikan pemimpin PAS terutama Mursyidul Am parti itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, untuk meredakan kekhuatiran bahawa ahli Parlimen beragama Islam akan diketepikan jika PR mengambilalih kerajaan.

"Kita perlu berbuat demikian sebelum meneruskan bentuk tindakan seterusnya, katanya kepada Bernama tanpa mendedahkan bentuk tindakan itu.

Difahamkan, Anwar akan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang juga ketua menteri Pulau Pinang lewat hari ini. Manakala penasihat DAP, Lim Kit Siang kini berada di luar negeri.

Sementara itu, kes Anwar yang menghadapi tuduhan liwat, akan bersambung di mahkamah sesyen Kuala Lumpur esok di mana para peguam dijangka berhujah sama ada kes itu perlu dipindahkan ke mahkamah tinggi.

Peguam Anwar akan berhujah membantah permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan kes tersebut ke mahkamah tinggi.

Tiada ulasan:

Nuffnang