Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Rabu, 17 September 2008

Seorang lagi blogger ditahan

Seorang lagi blogger popular, Syed Azidi Syed Abdul Aziz ditahan polis di Kota Bharu petang ini.

Menurut Naib Presiden PAS, Husam Musa, blogger (kickdefella.wordpress.com) itu ditahan di rumahnya.

kickdefella syed azidi syed abdul azizSyed Azidi yang bekerja dengan kerajaan negeri Kelantan, ditahan pada kira-kira jam 5 petang oleh sepasukan tiga orang anggota polis berpakaian biasa.

Mereka turut merampas laptopnya.

Isterinya, Bariah Ishak berkata suaminya ditahan di bawah Akta Hasutan.

Syed Azidi, menurut polis, akan dibawa ke Kuala Lumpur kerana laporan terhadapnya dibuat di sana.

Pada 23 Ogos lalu, Syed Azidi (di bawah tajuk Siasat Kickdefella Dibawah Akta Hasutan) telah menulis bahawa laman web pro-Umno telah mendesak supaya beliau disiasat di bawah Akta Hasutan.

Blogger tersebut mencetuskan kontroversi baru-baru ini selepas melancarkan kempen di talian supaya bendera Malaysia dikibarkan terbalik.

Kempen tersebut telah menarik perhatian perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang menyifatkan tindakan itu sebagai 'kurang ajar'.

Perdana menteri berkata, perbuatan sedemikian bukan lagi boleh disifatkan sebagai satu perbuatan nakal tetapi amat jahat.

"Itu kurang ajar (bendera terbalik), tiada hormat langsung dengan bendera kita, apa yang marah sangat dengan bendera Malaysia," perdana menteri dilaporkan berkata.

Abdullah berkata, penulis blog itu cuba mencetuskan satu idea tanpa memikirkan kesan selanjutnya.

Beliau berharap polis akan menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

1 ulasan:

wan salmah berkata...

Assalamualaikum,
Saya seorang guru dan pemerhati politik tanah air. Negara kita berada dalam krisis yang agak teruk bukan saja dari segi politik bahkan ekonomi bahkan sosial.

Akhir-akhir ini isu politik menjadi sebegitu panas. ok, straight to the point, saya ingin tahu sangat2 tentang manifesto Keadilan iaitu tentang:
1. di manakah kedudukan Islam jika Keadilan memerintah, adakah setakat pada nama seperti Islam hadhari sekarang, berarak pada hari Maulud atau sekadar meneruskan musabaqah al Qur'an dsb seperti yg dah ada?
Apa keistimewaan agama Islam di mata anda? (Ingat, jika kita mengabaikan agama, kemusnahanlah jawapannya).

2. Di manakah hak istimewa orang-orang Melayu? Melayu sekarang jauh ketinggalan dalam ekonomi, gejala sosial yg membimbangkan, yang tinggal cuma kuasa? Jadi, apakah hak orang-orang Melayu. Peristiwa Singapura, kemudian Pulau Pinang, tolong dan diminta JANGAN BERULANG walau di generasi terakhirpun dunia ini!

tolonglah jawab dengan ikhlas.
terima kasih.

(sesiapapun boleh tolong jwb, di dini atau emel kpd saya)

Nuffnang