Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Rabu, 2 September 2009

PAS: Jangan lantik semula Musa

PAS memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya menolak pelantikan semula Tan Sri Musa Hassan sebagai ketua polis negara pertengahan bulan ini.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, baginda sebagai pemerintah tertinggi negara mempunyai kuasa penuh dalam perkara itu.

“Oleh kerana kes yang dibentangkan ini, kes yang sangat serius melibatkan jaminan keselamatan untuk kehidupan rakyat, maka Yang di-Pertuan Agong, saya mohon untuk menolak usaha dan cadangan yang mungkin dibuat (kerajaan) bagi menyampung perkhidmatan ketua polis negara,” katanya.

“Dan kalaupun (cadangannya) sudah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong, mungkin baginda sudah merestunyai, (tetapi) oleh kerana ia belum dirasmikan, saya merasakan baginda boleh menarik balik (perkenan itu).”

Gesaan itu dibuat ekoran peningkatan kadar jenayah yang gagal dibendung dan muncul dakwaan terbaru bahawa wujud penglibatann kongsi gelap dalam mengatur kenaikan pangkat pegawai polis.

Jumaat lalu, blog kontroversi Malaysia-Today menyiarkan akuan bersumpah, didakwa dibuat seorang pegawai polis yang pernah menjadi pembantu peribadi Musa.

Pegawai polis itu, antaranya, mendakwa Musa membiarkan penjenayah memanipulasi kenaikan pangkat anggota polis dan jawatan mereka.

Beliau juga mendakwa diarahkan "menyelaraskan arahan mengenai pangkat dan jawatan para pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh (ketua sindiket) BK Tan".

Musa dituduh mengarahkan supaya diwujudkan blog tanpa nama pemiliknya untuk menuduh timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Mohd Johari Baharum menerima rasuah RM5.5 juta daripada tiga kepala penjenayah.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara pagi ini, Mahfuz berkata, pasukan keselamatan itu mempunyai banyak calon bagi mengisi kekosongan itu.

“Itu kita serah kepada Yang di-Pertuan Agong sendiri untuk mempertimbangkan calon-calon yang banyak di kalangan pelbagai polis yang berintegriti tinggi,” kata ahli parlimen Pokok Sena.

Mahfuz turut mendesak penubuhan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan terhadap Musa, seterusnya “membersihkan” pasukan keselamatan itu daripada pengaruh kongsi gelap.

Sementara itu, bagi menambahkan keberkesanaan pemantauan jenayah, Mahfuz mencadangkan nisbah anggotanya di lapangan distruktur semula.

“Kita lihat, (bilangan) polis sendiri, 70 peratus daripada 96,000 (orang) ini, banyak terlibat dalam pentadbiran, di pejabat. Maknanya majoritilah.

“Jadi, yang kita hendak sekarang ini, lebih banyak anggota polis berada di lapangan, bersama masyarakat untuk membasmi jenayah, bukannya duduk di pejabat,” katanya.

Tiada ulasan:

Nuffnang