Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Isnin, 8 Februari 2010

Kontroversi: Saiful Tahu Bilakah Akan Berlaku, Soalnya Dia Yang Menjadi Mangsa Atau Apakah Anwar Itu Yang Di Jadikan Mangsa Sebenarnya


Ini satu berita menggemparkan yang sedang hangat dikhabarkan dilaman-laman alternantif sekarang ini. Sesuatu yang amat mengejutkan dan cukup memusykilkan kita sebenarnya. Ia berkaitan satu gambar yang dirakamkan oleh Anwar Ibrahim Club (AIC) pada 27 Jun 2008, iaitu sehari selepas Saiful Bukhari Azlan mendakwa dia diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (26 Jun 2008). 
Gambar ini bakal mendedahkan kepada rakyat Malaysia terutamanya mereka yang masih lagi sangsi dengan kes liwat yang sedang dibicarakan di mahkamah sekarang ini. Sesuatu yang amat mustahil dan tidak masuk dek logik akal apabila Saiful masih lagi datang bertugas di pejabat Anwar sehari selepas beliau dikatakan menjadi mangsa Anwar. Malah, dari raut wajahnya Saiful sedikit pun tidak kelihatan seperti sedang trauma atau bersedih (menggigil-gigil) atas apa yang berlaku. Menurut PM Najib Razak, Saiful datang ke rumahnya dalam keadaan seram sejuk dan menggigil kerana mendakwa dia diliwat Anwar. 
Masalahnya, kenapa beliau masih datang bertugas menghidang kopi ketika mesyuarat AIC itu dijalankan?. Seperkara lagi, PM Najib juga ada membuat pengakuan bahawa Saiful ada menemuinya dua tiga hari sebelum dia diliwat oleh Anwar. Ini bermakna, tarikh Saiful menemui Najib ialah sekitar 26 dan 27 Jun 2008, di mana Saiful membuat laporan polis pada 28 Jun 2008. Soalnya di sini ialah ini bermakna Saiful telah bertemu dengan Najib sebelum kejadian liwat di Kondominium Desa Damansara berlaku. Anehnya, Saiful dikatakan berjumpa dengan Najib bagi menerangkan dia akan diliwat Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008.

dari pahangdaily

Tiada ulasan:

Nuffnang