Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Isnin, 8 Februari 2010

Tiga lelaki mengaku tak salah bakar gereja

Tiga lelaki hari ini masing-masing mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan khianat dengan api ke atas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent, Gereja Katolik St Louis dan Gereja All Saints pada 10 Jan lalu di Mahkamah Sesyen di Taiping.

Tertuduh adalah Andidi Rosidi, 22, Abdul Fattah Shaharuddin, 29 dan Muhamad Ab. Wahab, 20, semua mereka dari Kamunting, sebelum ini telah menghadapi tiga pertuduhan berasingan di Mahkamah Majistret di Taiping.

Andidi didakwa melakukan kesalahan itu di SMK Convent di Jalan Convent antara antara 12.01 pagi dan 3.30 pagi, manakala Abdul Fattah dan Muhamad didakwa melakukan khianat di Gereja All Saints, di Jalan Taming Sari, juga pada masa yang sama.

Bagi kesalahan itu, semua mereka yang bekerja sendiri didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Abdul Fattah dan Muhamad turut didakwa mengikut Seksyen 34 kanun yang sama.

Pada 2 Feb lalu, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret bagi setiap pertuduhan itu.

Pada prosiding hari ini, semua tertuduh diwakili peguam Naran Singh yang memohon mahkamah mengurangkan wang ikat jamin RM30,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin yang diputuskan Mahkamah Majisret sebelum ini.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi kemudiannya membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan mereka melapor diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping pada setiap Sabtu.

Meor Sulaiman juga menetapkan 9 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes. Semua tertuduh dibebaskan selepas anggota keluarga membayar wang jaminan.

Sementara itu seorang lagi tertuduh, Muhammad Azreen Rosli, 18, tidak dibawa ke Mahkamah Sesyen hari ini sebaliknya dia akan dihadapkan ke Mahkamah Juvana Taiping pada 24 Mac ini.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Hamdan Hamzah.

Tiada ulasan:

Nuffnang