Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Selasa, 9 Februari 2010

Ugutan Bunuh ; Saiful Buat Laporan Polis

Mohd Saiful Bukhari Azlan telah membuat laporan polis berhubung mesej ugutan bunuh terhadapnya di laman peminat facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Saiful membuat laporan polis itu di ibupejabat polis Sentul tengahari ini.

Menurut laporannya itu, Mohd Saiful berkata dia menerima satu emel yang tidak dikenali semalam, yang memaklumkan kepadanya mengenai mesej ancaman bunuh itu beserta salinan skrinnya.

Dia turut mengemukakan salinan skrin itu untuk rujukan polis.

Mohd Saiful kemudiannya bercakap dalam sidang akhbar dengan ditemani oleh peguamnya selepas membuat laporan polis itu.

"Ini adalah satu ancaman bunuh ke atas diri saya dan ini adalah suatu ancaman yg serius. "Saya bimbangkan keselamatan diri saya dan keluarga," katanya.

Tiada ulasan:

Nuffnang