Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Selasa, 16 Mac 2010

Kertas siasatan ENJIN kena songlap dibentang di Parlimen

Kertas siasatan kes kehilangan dua enjin pesawat tempur F5E oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan dibentang di Dewan Rakyat bulan ini, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

NONEBeliau berkata selain PAC, kes kehilangan enjin pesawat itu turut disiasat oleh Polis DiRaja Malaysia dan dikendalikan oleh Jabatan Peguam Negara bagi proses perundangan.

"Kerajaan memberi jaminan bahawa siasatan dijalankan dengan rapi dan telus supaya penjenayah akan menerima hukuman yang setimpal," katanya ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) di Dewan Rakyat hari ini.

Lim mahu Ahmad Zahid menyatakan hasil siasatan dalaman, Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan polis berhubung kehilangan enjin jet pejuang berkenaan yang kemudiannya dikesan di Uruguay.

jet engine air force rmaf tudm northrop f-5 tiger ii 231209Ahmad Zahid berkata kes itu membabitkan satu perbuatan mencuri yang dilakukan oleh anggota bawahan tanpa pengetahuan dan penglibatan daripada mana-mana pegawai atasan Kementerian Pertahanan.

"Laporan kejadian kehilangan enjin berkenaan telah dilaporkan kepada pihak PDRM pada bulan Ogos 2008 iaitu dalam tempoh tujuh bulan dari tarikh kehilangan enjin diketahui, dan bukan mengambil masa selama 18 bulan sebagaimana yang didakwa oleh YB Ipoh Timur," katanya.

Beliau berkata kehilangan enjin disedari selepas empat bulan kejadian berlaku dan pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan siasatan dalaman yang mengambil masa tiga bulan lagi sebelum laporan polis dibuat.

Katanya, faktor yang menyumbang kepada kehilangan enjin berkenaan adalah kecuaian beberapa individu dan peraturan keselamatan sedia ada, selain pelaksanaan proses pemantapan sistem komputer oleh TUDM ketika kejadian.

NONEAhmad Zahid berkata bagi mengatasi kelemahan dan mengelakkan kejadian sedemikian berulang, TUDM telah meningkatkan langkah keselamatan ke tahap yang lebih tinggi serta memastikan semua arahan dan prosedur keselamatan dikemaskini.

"Kementerian juga berpendapat bahawa tiada keperluan bagi mengeluarkan Kertas Putih mengenai isu kehilangan enjin berkenaan kerana kementerian telah memberi penjelasan yang cukup melalui media massa," katanya.

Beliau berkata kejadian kehilangan enjin itu tidak sedikitpun menjejaskan keupayaan TUDM dalam menjalankan tanggungjawabnya memandangkan pesawat F5E bukannya pesawat tempur barisan hadapan.

Kepada soalan Lim mengenai isu kerosakan pada kapal selam yang didakwa tidak boleh menyelam, Ahmad Zahid berkata kerosakan kecil yang berlaku sudah diperbaiki memandangkan ia masih dalam jaminan.

"Bukannya kapal selam ini tidak boleh menyelam, kerosakan kecil sudah diperbaiki...saya menjemput Yang Berhormat, marilah kita bersama-sama menyelam," katanya kepada Lim yang mahu tahu apakah kesannya ke atas keselamatan alat kelengkapan tentera. Lim kemudiannya membalas: "Saya sedia menyahut cabaran Yang Berhormat itu".


Tiada ulasan:

Nuffnang