Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Selasa, 20 April 2010

Ibrahim Ali nampak keikhlasan Zaid Ibrahim

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali enggan mengulas lanjut isu-isu peribadi Datuk Zaid Ibrahim tetapi berkata beliau lebih menghargai pengakuan yang dibuat oleh calon PKR itu.

"Saya lebih menghargai bila beliau menyatakan 'saya buat, tapi saya sudah bertaubat'. Itu lebih afdal. Maknanya lebih menampakkan keikhlasan," katanya.

Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas itu menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan terhadap Zaid yang dikatakan peminum arak tegar.

Sebelum ini, Zaid yang juga bekas ketua Umno bahagian Kota Bharu mengakui berbuat demikian sewaktu beliau masih muda.

Semalam, bekas menteri di jabatan perdana meneri itu berkata dakwaan beliau meminum arak adalah cerita lama.

"Itu cerita lama. Kalau mereka nak ungkit, ungkitlah. Saya dah minta maaf dengan Allah s.w.t.

"Apapun kelemahan saya, apapun ketidaksempurnaan, saya adalah seorang manusia dan mampu jadi wakil rakyat.

"Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah," katanya kepada pemberita sewaktu berkempen dari rumah ke rumah di sebuah estet India di Kerling di Hulu Selangor semalam.

Tiada ulasan:

Nuffnang