Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Jumaat, 23 April 2010

Liwat ll : Anwar fail rayuan qazaf

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah, yang sebelum ini menolak permohonan supaya pihak pendakwaan syarie memulakan prosiding pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Rayuan itu difailkan oleh Peguam Syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman yang mewakili Anwar di Pejabat Pendaftar Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada jam 10.05 pagi.

Kamar Ainiah yananwar ibrahim and saiful bukhari azlan sodomy 2g ditemui pemberita selepas itu berkata dalam tempoh enam minggu, pihaknya akan memasukkan alasan rayuan dan rekod rayuan berikutan belum menerima alasan penghakiman daripada mahkamah.

Pada 14 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur membenarkan bantahan awal Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom untuk membatal permohonan Anwar Ibrahim supaya Mohd Saiful Bukhari Azlan didakwa mengikut qazaf.

Dengan perintah itu, Anwar tidak boleh meneruskan permohonannya untuk mengarahkan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain mendakwa Mohd Saiful dengan tuduhan qazaf kerana mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR.

Anwar telah memfailkan permohonan qazaf itu pada 7 Januari lalu.

Selain Shamsuddin, Anwar turut menamakan dua lagi reponden - pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan Jamil Khir.

Jamil dan dua responden tersebut telah memfailkan bantahan terhadap permohonan qazaf itu pada 9 Februari lalu.

Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki. Seksyen ini adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina.

Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Tiada ulasan:

Nuffnang