Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Jumaat, 23 April 2010

Palanivel Turun Padang Akhirnya

Timbalan Presiden MIC, Datuk G Palanivel yang digugurkan pada saat terakhir ketika BN mengumumkan Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan sebagai calon di kerusi parlimen Hulu Selangor, kini berusaha keras bagi memastikan pengundi menyokong BN.

“Apa saya telah lakukan sejak Sabtu lalu adalah mengambil pendekatan individu. Saya telah berjumpa 700 hingga 800 orang secara peribadi, di perkampungan Orang Asli dan juga di kawasan-kawasan Melayu, India dan Cina,” kata Palanivel.

Dakwanya, kumpulan yang didekatinya itu adalah golongan yang pada pilihan raya umum 2008 mengundi calon pembangkang.

“Semalam, saya berada di pusat operasi di Hulu Yam dan kami sedang memberi tumpuan kepada pengundi yang masih belum membuat keputusan dan tugas kami adalah untuk menyakinkan mereka,” katanya.

Apabila ditanya mengenai peluang BN merampas kerusi Hulu Selangor, Palanivel berkata:

“Mereka yang menyokong kita akan terus mengundi BN. Pada pilihan raya yang lalu, kita tewas dengan hanya 198 undi. Saya yakin kita akan menang tetapi tidak boleh menentukan majoritinya kerana persaingan sebegitu sengit,” katanya.

Palanivel sebelum itu mengiringi Kamalanathan melawat pengundi India di Kampung Seri Keledang, Ladang 15.

Timbalan presiden MIC itu juga yakin pengundi yang memangkah beliau pada 2008 akan terus mengundi BN kerana sejak dua tahun jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, masyarakat didakwanya tidak mendapat sebarang manfaat.

“Rakyat sedar bahawa mereka telah membuat silap dan mereka telah diabaikan,” kata Palanivel kepada pemberita.

Beliau juga mengingatkan penduduk bahawa kerajaan BN yang mebekalkan mereka dengan jalan bertar dan juga sekolah-sekolah.

“Kamalanathan bertanding sebagai calon BN, dia bertanding sebagai calon perdana menteri, dia bertanding sebagai calon MIC.

“Ini adalah pertandingan antara PKR dan kita ...fikir dengan teliti sebelum mengundi. Jika anda mahu masyarkat kita menjadi kuat dan membangun, undilah Barisan,” kata Palanivel ketika berjumpa dengan masyarakat setempat.

Dalam pada itu, Kamalanthan mendakwa orang ramai menerimanya dengan baik kerana Palanivel telah giat berkempen untuknya di kawasan berkenaan.

“Jika saya menang, saya bercadang mendapatkan rumah di Hulu Selangor supaya senang saya berkhidmat kepada penduduk,” kata Kamalanathan kepada pengundinya.

Tiada ulasan:

Nuffnang