Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Sabtu, 9 Julai 2011

Aktivis Sarawak ditangkap di Petaling Street

NONEHii Tiong Huat, yang berpakaian baju-T kuning yang dicetak namanya,
muncul di Petaling Street seorang diri petang ini sambil membawa papan tanda buatan sendiri dan bendera Malaysia.

Papan tanda kuning itu memaparkan lukisan gari di sebelah perkataan "Bersih", diikuti dengan tulisan "Kotor OK?"

Sambil mengangkat papan tanda dan bendera tersebut, dan berulangkali melaungkan "Bersih tangkap, Kotor OK," Hii menarik perhatian orang ramai di situ termasuk pelancong asing. Beberapa kenderaan membunyikan hon sebagai tanda sokongan.

Malaysiakini difahamkan aktivis tersebut melakukan gimik yang sama di bandar Sibu sejak dua hari lalu tetapi tidak diendahkan polis di sana kerana mereka sudah biasa dengan tingkahlaku Hii.

Dia terbang ke Kuala Lumpur hari ini dan terus ke Jalan Petaling selepas mendarat.

Tidak sampai lima minit, tiga anggota polis bermotosikal muncul dan cuba menghalangnya daripada meneruskan gimiknya.

NONEBerikutan itu berlaku pertengkaran antara mereka, yang menarik
perhatian orang ramai yang berkumpul di situ untuk melihat apa yang sedang berlaku.

Ada yang merakamkan insiden tersebut dengan kamera manakala beberapa orang lagi kedengaran berkata "Polis mengganggu!" dan "Adakah ini suatu kesalahan?"

Hii menuntut anggota polis terbabit berjanji tidak akan merampas MyKadnya, sebelum dia menunjukkannya kepada mereka.

Tetapi selepas anggota polis itu mengalah, Hii hanya menunjukkan pasportnya, dan mendakwa MyKadnya telah hilang dan dia tidak membawa laporan polis mengenainya.

Apabila salah seorang anggota polis memberitahunya bahawa mereka telah diarahkan untuk menangkapnya, Hii naik berang dan menjerit balik bertanyakan apakah kesalahannya dan mengapa mereka mahu menangkapnya.

Tiada ulasan:

Nuffnang