Bersih 3.0 284

Bersih 3.0 284
#DataranMerdeka

Jumaat, 8 Julai 2011

PERKASA batal demo, cuma 'bersiar-siar'

NONE











Ibrahim Katak

Malaysiakini

nota: apa kejadahnya nak bersiar-siar,
dah kemaruk nak berhimpun,
tapi tak tau arah dah,
meracau sajalah...

Katanya, penolakan permit itu ekoran kegagalan PERKASA mendapatkan kebenaran dari pelbagai stadium sekitar Kuala Lumpur yang dipohon sebagai lokasi perhimpunan mereka yang dikenali sebagai "Gerak Aman".

Berikutan itu, Ibrahim berkata ahli-ahli PERKASA yang mendaftar untuk berhimpun esok, diminta "bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur khususnya, di Taman Tasik Titiwangsa.

"Buat masa ini batal, tetapi kita akan berusaha untuk mendapatkan stadium, kalau dapat kita akan pohon permit polis (sekali lagi).

"Kita memberi cadangan kepada warga PERKASA... Keluar seperti biasa, bersiar-siar, berjalan-jalan pada hari cuti macam di kompleks membeli belah, tempat yang tak menjadi larangan.

"Ahli yang bersemangat untuk menghadiri perhimpunan, kita telah beri taklimat dengan mencadangkan kepada mereka, kalau nak bersiar-siar di tempat bukan larangan, contohnya di Taman Tasik Titiwangsa, belakang Istana Budaya," katanya.

Tak masuk kawasan larangan


Beliau berkata demikian dalam sidang media di Kelab Sultan Sulaiman pagi ini.

Katanya, setakat hari ini ahli yang berdaftar untuk menghadiri perhimpunan Gerak Aman sebanyak lebih 15,000 orang.

NONEDitanya mengenai masa yang sudah suntuk, Ibrahim berkata, pihaknya akan mencuba sedaya upaya untuk berbuat demikian.

Sehubungan itu, Ibrahim berkata beliau meminta Setiausaha Agung Syed Hassan Syed Ali untuk membuat rayuan bagi mendapatkan mana-mana stadium termasuk stadium Selayang.

Ditanya sama beliau akan turun ke Tasik Tititwangsa esok, Ibrahim berkata beliau tidak akan keluar dan duduk di rumah kerana disenaraikan antara pemimpin yang menerima perintah larangan mahkamah.

"Kalau saya keluar, saya tidak masuk ke kawasan larangan," katanya yang juga ahli parlimen Pasir Mas.

Masih persoal motif
Ibrahim berkata beliau juga turut meminta yang dipertua PERKASA negeri dan daerah untuk membuat laporan polis esok kepada Pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga berhubung dakwaan menerima dana kewangan daripada pihak luar.

NONEMenurutnya, pihaknya mahu polis tegas dan membuat penyiasatan terhadap dakwaan tersebut.

"Kita nak tahu dana, pertubuhan dan negara mana hendak campurtangan... Setelah siasat, dedahkan kepada umum," katanya.

Dalam sidang media itu juga, Ibrahim kesal dan dukacita kepada Ambiga walaupun yang diberi penghormatan mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, beliau masih berkeras untuk mengadakan perhimpunan BERSIH di Stadium Merdeka.

Ibrahim mempersoalkan motif sebenar BERSIH, sedangkan mereka boleh memilih stadium di luar Kuala Lumpur seperti Stadium Malawati, Stadium Shah Alam atau Stadium Sultan Mohamad ke-IV di Kelantan.

'Nak suruh dunia tengok?'

"Kenapa mereka tidak buat (perhimpunan) di sana. Kenapa nak buat di Kuala Lumpur.... Apa motif? Nak suruh dunia tengok?

"Sekarang dunia internet, dunia media baru, jadi dia buat di mana-manapun, orang akan tahu.

bersih rally 271207 04"Sekarang jelas, Ambiga tidak menghormati dan taat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong... menderhaka, dan (sedangkan) dia dapat penghormatan," dakwanya.

Ibrahim berkata pihaknya turut memohon mengadap Tuanku semalam, sebagai pertubuhan Melayu yang mempertahankan institusi raja.

Bagaimanapun, pihaknya menerima jawapan dari pihak Istana yang menyatakan PERKASA tidak dapat bertemu kerana Tuanku mempunyai urusan lain yang telah diatur.

"Kita terima baik dan kita tetap memberi taat setia kepada institusi raja, sebab sistem kita, raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen (dan) prinsip rukun negara," katanya.

Dalam sidang media itu juga, Ibrahim turut mendakwa menerima sepucuk surat daripada pihak yang tidak dikenali diletakkan di dalam peti surat rumahnya petang semalam.

Dalam surat tersebut, dakwanya, penulis itu memaklumkan ada pihak yang akan membuat huru-hara pada perhimpunan BERSIH esok di Masjid Negara.

Tiada ulasan:

Nuffnang